𝟏

2.4K 10 0
                                    

°°°
Pandangan tertacap pada sosok tubuh yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi dari jendela.

" Jadi pihak kami datang nak menyunting bunga di keluarga tuan."

Kedengaran suara ayah kepada bakal pengantin lelaki menyuarakan hajat di hati.

" Saya sedia maklum hanya seorang sahaja anak perempuan di keluarga kami. Baik kita tanya dulu bakal pengantin perempuan kita ya. "

" Oh boleh, silakan. Tiada masalah. Kami setia menanti."

Ayah pengantin perempuan terus ke bilik anaknya untuk bertanya mengenai risikan pihak tadi.

" Era, awak betul ke nak kahwin dengan dia? Kita ni tak setaraf tau dengan diorang."

" Pa, sebenarnya Era pun tak pasti tapi Daniel bekeras nak nak juga percepatkan perkahwinan ni."

" Awak tak tanya kenapa nak?" suara seorang wanita pula bertanya.

" Tak ma, saya pun tak tahu pasal risikan ni. "

Kedua ibu bapa dan anak buntu.

" Ikut kata hatimu nak. Tapi mama tengok Daniel tu baik orangnya. Dari segi kewangan pun dia mampu. Tapi ni keputusan awak Era. " ibu Elisavera Puan Irene bersuara.

Elisavera menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Daniel, kenapa terburu-buru sangat ni. Baru tiga bulan kita bercinta. Alahaii.. " desis hati kecil Elisavera.

Elisavera diam beberapa minit kemudian bersuara.

" Era terima lamaran Daniel." sambil menghela nafas lega Elisavera memandang wajah kedua mama dan papanya.

Mereka berdua akur dengan keputusan satu-satunya anak perempuan mereka itu.

Papa Elisavera Encik Jonathan keluar dari bilik lalu duduk bersila menghadap bakal besannya itu.

" Maafkan saya jika saya bertanya soalan ini ya. Tan Sri, adakah anak teruna Tan Sri akan menjaga anak kami Elisavera dengan baik? Dan adakah keluarga Tan Sri akan menerima semua kekurangan anak kami? Hai maklum, kami ni orang biasa-biasa sahaja." kata Encik Jonathan merendah diri.

Tan Sri Kennedy hanya tersenyum lalu memandang isterinya Puan Sri Eudith di sebelahnya.

" Tak usahlah kalian risau kerana kami yakin keputusan anak kami Daniel adalah yang terbaik. Kami terima semua kekurangan Era. Bagi kami Era dah macam anak sendiri. Penyeri rumah kami nanti." kata Puan Sri Eudith diikuti anggukan Tan Sri Kennedy.

Mama Elisavera mengelus lembut rambut Elisavera kerana tidak lama lagi anaknya itu akan mengikuti kemana pun suaminya pergi.

" Jadi? " Tan Sri Kennedy menggenggam erat jari Encik Jonathan.

" Anak saya terima lamaran Daniel. Dan kami dengan rendah diri menerima Daniel sebagai anak menantu kami."

RINGGGG....

" Ya hello sayang."

" Macam mana mi? Era nak tak?"

" Baru je selesai ni. Amboii dah tak sabar anak aku ni nak bebini."

" Alaa.. Mami. Malu orang tau. Jangan cakap macam tu. " rengek Daniel di talian.

Daniel mendengar tawa di hujung talian.

" Mami ni siap buka loudspeaker pulak. Okay lah, bye. "

Talian Dimatikan.

Daniel terus masuk ke dalam Lamborghini Veneno nya sambil menunggu Papi dan Mami nya keluar dari rumah Elisavera.

Daniel membuka dompetnya yang mempunyai potret seorang gadis yang imut tersenyum ke arahnya.

THE SECOND CHOICEWhere stories live. Discover now