*
*" Fuh, lega Boss tak marah besar. Nasib baik ada Cik Elisa. " kata Dea sambil melihat kelibat Danny menghilang.
Elisavera memandang lelaki itu dengan penuh kagum. Danny sedang membelek-belek beberapa report file yang memerlukan tandatangannya.
" Encik Danny, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
Mata Danny terus memandang gadis pujaannya itu lalu mengukir senyuman nakal. Elisavera terasa bulu romanya meremang secara tiba-tiba.
"Tak ada rasanya tapi, saya nak awak ke sini kejap. " jari telunjuk Danny digerakkan supaya Elisavera datang kepadanya.
Tanpa berfikir panjang, Elisavera menghampiri Danny. Danny kelihatan melonggarkan tali lehernya lalu berdiri.
Elisavera menelan air liurnya yang tersekat di anak tekak. Sementara Danny membuka satu persatu butang bajunya lalu duduk di bucu meja kerjanya. Langkah kaki Elisavera terhenti.
Kaki Danny disilangkan sambil kedua tangannya berpeluk tubuh. Elisavera yang ketika itu kaget sedikit namun tetap cuba untuk memberanikan diri. Dia tahu bukan sekali Danny menggoda imannya begitu.
"Tinkerbell, saya rasa panaslah. "
"Panas? So ? "
"Tolong buatkan saya Ice Lemon Tea boleh? "
" Lah, kenapa tak bagitahu tadi, tak payahlah saya nak pergi ke meja awak. "
" Well, saje. Oh ya, bancuh whey protein ni sekali. Petang ni saya ke gym. Nak ikut? "
" Saya nak ziarah Daniel sekejap. " wajah Elisavera tertunduk sayu.
Danny seperti terpukul dengan niat Elisavera sebentar tadi. Matanya kini tertumpu kepada Elisavera yang kini sedang menahan air mata.
" Kita pergi sama-sama ya. "
" Eh, tak apa. Awak nak pergi gym kan. " air mata diseka laju.
Elisavera ingin berlalu pergi namun tangannya ditarik oleh Danny. Pandangan mereka bertaut. Tubuh Elisavera dipeluk erat oleh Danny. Elisavera membalas pelukan Danny.
***
" Nah, Ice Lemon Tea awak."
" Thanks. "
" Betul ke awak nak ikut saya ni? "
" Yes. Nanti kita pergi kedai bunga dulu. "
Elisavera hanya tersenyum segaris. Tak pasal-pasal Danny cancel rutin ke gym petang itu. Sudah dua minggu Elisavera tidak menjenguk pusara mendiang suaminya.
" Jom balik. "
" Awal lagi ni awak. "
" Kita keluar awal. Lagipun kita nak jenguk Nell kan. "
" Tapi.. "
" No excuse. I'm the boss here. "
"Kalau dah begitu ayatnya tiada siapa yang boleh katakan tidak. Kalau di luar pejabat tadi sampai juga tangan ni ke bibir dia tu." getus Elisavera di dalam hati.
" Alahai, dalam fikiran pun boleh mengumpat. "
" Eh, mana ada. "
Danny melihat raut wajah Elisavera yang cemberut. Kepalanya digeleng. Merajuk pun comel si Tinkerbell.
*
*Bunga Lily putih diletakkan di atas pusara Daniel oleh Elisavera. Danny berdiri di belakang Elisavera dengan mengenakan kaca mata hitam akibat silau cahaya matahari yang akan terbenam.
YOU ARE READING
THE SECOND CHOICE
Romance【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightmare. You leave me. " Elisavera mengecup pipi Danny lalu mengecup dada Danny. Bibir Danny dikecup ber...