𝟒

1K 6 0
                                    

Wise men say,
Only fools rush in,
But I can't help falling in love with you..
Shall I stay?
Would it be a sin,
If I can't help falling in love with you?

Danny meneguk wine merah ditemani lagu dari Elvis Presley.

" Why her ?"

Danny tersenyum lalu meneguk wine nya kembali. Memandang ke arah langit malam yang dipenuhi bintang berkelipan.

" Aku tahu, Tuhan uji perasaan aku saat ni. Aku kena kuat dan mengalah untuk Daniel." Danny bermonolog sendirian.

Danny tahu bahawa adiknya sangat menyayangi Elisavera. Mereka rapat sejak zaman kolej lagi. Sedangkan dia belajar ke luar negara semata-mata untuk mengelak mereka berdua. Danny tak sanggup melihat adiknya bermesraan dengan pujaan hatinya.

Saat bertembung dengan Elisavera, dia hampir tidak mengenali gadis itu. Semakin cantik. Tidak sangka bahawa gadis itu masih bersama adiknya. Dia jatuh cinta buat kali kedua. Namun hanya dia yang tahu.

" Pengecutkah aku?" Danny mengeluh sendirian.

***
Daniel memarkir keretanya di perkarangan mansion mami dan papi nya. Daniel terus ke biliknya lalu menghempas tubuhnya di tilam yang empuk.

Apa yang mengganggu fikirannya pandangan abangnya terhadap gadis yang bakal menjadi suri hatinya.

Semasa di hospital, Daniel melihat abangnya menyeka rambut Elisavera di telinga kerana helaian demi helaian rambut Elisavera mengganggu pekerjaan Elisavera ketika itu.

Pandangan yang penuh kasih terpapar pada wajah abangnya. Namun segera ditepis semua fikiran yang negatif terhadap abangnya.

" Baik aku mandi daripada fikir yang bukan-bukan."

Daniel mandi membersihkan dirinya. Selang beberapa minit dia keluar lalu menuju ke dapur peribadinya.

Daniel meneguk pil tidur kerana sejak beberapa hari dia sukar tidur. Walaupun dia awal tidur namun keesokkan harinya, dia berasa semakin mengantuk. Pelik.

Sebelum Daniel melelapkan matanya dia akan menghantar pesanan kepada Elisavera melalui whatsapp.

Typing...

" Are you sleeping baby ?"

Typing...

" Belum sayang. Awak okay ke? Tadi saya tengok awak lama kat dalam kereta. "

Typing...

" Saya call abang Danny kejap tadi."

Typing...

" Oh ya ke? Baiklah. Risau tau. Hati saya ni rasa lain je. Macam ada sesuatu. "

Typing...

" Perasaan awak je. Kan tak lama lagi jadi bini saya. Begitu kot perasaannya. Asyik rindu je. "

Typing...

" Awak kalau tak menyakat saya memang tak sah. Okay lah awak. Awak berehat ya. Good night my future husband. "

Typing...

" Good night too sweetheart. "

Daniel merasakan layu matanya semakin terasa. Daniel memejam matanya. Terlena.

***
Lima botol wine disusun dengan teliti sambil dikira berulang-ulang kali.

Satu

Dua

THE SECOND CHOICEWhere stories live. Discover now