𝟕

793 3 0
                                    

***

Kesemua ahli keluarga terdekat menjadi saksi ikatan yang telah terjalin antara Daniel dan Elisavera. Mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Daniel memandang sayu wajah isterinya yang sedang duduk di tepi katil menemaninya. Esmeralda mengambil cuti atas sebab menjaga suaminya di hospital.

" Awak nak makan?"

Daniel hanya menggelengkan kepalanya.

" Makan sikit ya."

" Pergilah mandi."

" Tak nak. Awak makan dulu."

Danny bangun perlahan-lahan dibantu Elisavera.

" Kesian awak."

" Apa pula. Awak kan suami saya. Ni tugas saya tau."

Takungan air di kelopak matanya tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya jatuh membasahi pipi. Diseka oleh jari jemari Daniel.

" Tak mahu nangis. Saya ada kat sini."

Melihat keadaan Daniel yang pucat, kurus dan tiada rambut. Hati Elisavera tersentuh melihat kekuatan Daniel.

" Masuk habuk." kata Elisavera sambil tertawa kecil.

Daniel tersenyum melihat tawa Elisavera. Andai dapat dia hentikan masa. Ingin Daniel tatap senyumannya sehingga dirinya menutup mata. Namun apakan dayanya.

" Buka mulut. Aaa.."

" Mmm.. Sedap."

" Tengok siapa masaklah."

" Berlagaknya." kata Daniel sambil ketawa.

" Nah lagi. Aaa.."

" Last ni tau."

Elisavera hanya mengangguk bersetuju.

" Saya mandi dulu. Nanti saya bersihkan awak ye."

Daniel hanya mengangguk. Dia berasa loya dan ingin muntah namun ditahannya kerana ingin menjaga hati isterinya itu. Daniel segera meneguk air putih di sebelahnya.

" Awak okay ?"

" Okay. Meh sini." pelawa Daniel sambil menepuk katilnya.

" Saya dengar esok awak nak discharge ?"

" Macam mana sayang tahu?"

" Abang Danny yang inform. Katanya dia upah nurse untuk jaga awak. Tapi saya pun boleh jaga awak. Tapi katanya untuk bantu saya. "

" Baiknya abang Danny kat awak."

" Hmm.. Dah abang kita berdua mestilah baik. "

Elisavera mengelap perlahan tubuh Daniel yang kian kurus. Elisavera berhenti seketika lalu menuju ke arah beg pakaiannya lalu mengeluarkan sesuatu.

" Apa tu sayang? "

" Chingg... Untuk awak. Saya kait sendiri tau. "

Crochet hat berwarna maroon disarungkan pada kepala Daniel. Ngam. Elisavera tersenyum gembira.

" Handsome sungguh suami kite."

Elisavera menitiskan air mata. Kenapa emosi sangat ni. Dia kena kuat untuk suami di hadapannya. Air mata diseka cepat.

" Bila awak buat ni? Tak nampak pun."

" Masa awak lena dibuai mimpi."

" Sweetnya isteri saya ni. Boleh saya bawa bersama ni nanti. "

THE SECOND CHOICEWhere stories live. Discover now