DANNY perlahan-lahan membuka matanya. Kelihatan sosok wanita tidur di sofa yang berada di sudut biliknya.
" Mimpi ke ni?"
Danny turun dari katil, akan tetapi tersentak merasakan kesakitan.
"Arghh!" Danny terduduk di hujung katil.
" Hmm...Awak dah bangun ya. Uuwarhhh.." Elisavera menggeliat sambil membuat Russian Twist.
" Macam mana awak ada kat sini? Macam mana tahu tempat ni?"
" Tanya Chad. Awak nak sarapan saya bawakan."
" Tinkerbell. "
Terbeliak mata Elisavera yang masih mamai lalu mendekati Danny.
" ELI-SA-VE-RA VIA-NNEY.." dengus Elisavera.
Kemudian Elisavera berlalu pergi sambil menghentakkan kaki. Tanda protes. Danny melihat gelagat Elisavera hanya mampu tertawa sambil menggelengkan kepalanya.
" Buasnya bakal bini kau dik." getus Danny di dalam hati.
Nasib baik harini Sabtu, Elisavera sesudah sarapan akan terus ke apartment nya di Jalan Permai. Nak balik rumah mama dan papa nya,terasa malas pula.
Aunty Chen membawa dulang sarapan untuk ke tingkat 5. Elisavera mencegah langkah Aunty Chen.
" Tak apa Aunty, biar saya tolong bawakan. Hari ni je."
Aunty Chen teragak-agak namun akur dengan permintaan Elisavera.
" Thank you pretty." ucap Aunty Chen.
" Aunty, Danny selalunya begitu ke?"
Aunty Chen mendekati Elisavera lalu berkata dengan nada yang berbisik.
" Aiyo amoi ah, actually dia tidak selalu begitu. Sometimes only. Tapi sejak dua tiga hari ni ah, makin teruk oo. Tuan selalu panggil itu nama perempuan. Eli.."
" Aunty Chen, where is my breakfast ?"
Kedengaran suara yang dikeluarkan dari walkie-talkie miliknya. Aiyoo!
Elisavera bergegas ke tingkat lima untuk menghantar sarapan kepada Danny. Tegas nya mamat ni. Tak macam Daniel, soft spoken. Jauh panggang dari api walaupun adik beradik kembar. Seiras pula tu!
" Hmm, Tinkerbell yang hantar. Mana Aunty Chen. Kenapa dia tak hantar?"
" Tinkerbell, Tinkerbell nyanyi twinkle twinkle little stars lah saya lepas ni. Saya yang nak hantar untuk awak."
Danny membulatkan mulutnya. Ooo..
" Dah breakfast?"
" Dah tadi kat bawah. Eh awak, saya kejap lagi nak balik. Penat. "
Elisavera mengetuk bahunya. Mana tidaknya kali pertama tidur di sofa biasa tidur di tilam.
" Penat? Hmm.. Kita buat apa malam tadi?"
Elisavera tergamam dengan pertanyaan Danny.
" Saya tak nak cerita. Tanya Chad lepas saya pergi nanti. "
" Kenapa tunggu awak pergi baru tanya Chad?"
" Jangan saya bilang." Elisavera mengetap giginya.
" Chad! Come here. "
" Ya Tuan. "
" Apa jadi malam tadi, kenapa Tinkerbell ada kat sini?"
Chad teragak-agak nak menjawab namun apabila melihat riak wajah Danny. Seram. Chad mendekati Danny lalu berbisik di telinga.
YOU ARE READING
THE SECOND CHOICE
Romance【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightmare. You leave me. " Elisavera mengecup pipi Danny lalu mengecup dada Danny. Bibir Danny dikecup ber...