𝟔

848 7 0
                                    

Hari demi hari, badan Daniel semakin lemah. Tetapi dia tetap berpura-pura bahawa dirinya kuat.

" Kau tak nak bagitahu family kau ke Nell?"

" Mesh, aku tak nak mereka risau. Aku boleh ni. Masih kuat. Berkat ubat yang aku makan tu."

" Andai kata, kau tak sempat ucap selamat tinggal pada kami macam mana Nell. Kau ni jangan berlagak kuat macam hero tamil boleh tak?"

" Ni wasiat aku. Permintaan aku kalau aku tak sempat nak buat apa yang patut aku buat. Kalau aku dah tak ada nanti baru beritahu mereka. Kau tolong aku ya. "

Daniel menyuakan sampul surat kepada Ramesh.

" Nell. "

Daniel menggelengkan kepalanya, meminta Ramesh untuk kuat di hadapan dirinya.

***

" Mana Daniel sejak akhir-akhir ni. Jarang contact aku. " desis Elisavera di dalam hati.

Dailing...

Future Husband ❤️

" Ahh, voicemail lagi. "

Dailing...

Abang Danny 😎

*
*

" Hmm, ya Tinkerbell. Ada apa?"

" Daniel, dah berapa hari ni tak angkat call saya. Kenapa ek? "

" Baru semalam dia inform saya jumpa klien di Kuala Lumpur. Awak tak tahu?"

" Tak, tapi biasa dia akan call saya. Tapi beberapa hari ni senyap je. Saya risau ni."

" Hmm.. Korang gaduh ek? "

Syaitan bersorak riang di tepi bahu Danny. Tapi dia pun berasa pelik sudah seminggu Daniel tak masuk ofis. Tapi dia tak nak lah fikir yang negatif.

" Mana ada gaduh. Elok jer kami berdua. Kalau dia ada call inform saya ya. "

" Alright. "

Talian dimatikan.

Mundar mandir Elisavera di hadapan ruang tamu rumah mama papanya.

" Ha, Era kamu ni dah kenapa? Macam cacing kepanasan." sergah Puan Irene.

" Ma... " meleret panggilan Elisavera terhadap mamanya.

" Ada apa ni? Oh ya macam mana majlis korang ni. Mama dah jemput ramai orang dah."

Pertanyaan mamanya membuatkan Elisavera menjadi hilang akal. Sudahlah Daniel tidak dapat dihubungi. Entah jadi ke tak ni?

***

TOK-TOK-TOK

" Abang Dann.."

Daniel berjalan lemah menuju meja kerja abangnya.

" Kenapa korang berdua? Ada masalah ke?"

Daniel menatap wajah abangnya yang khusyuk menaip sesuatu di komputer ribanya.

" Nell letih sikit lah bang. Ingat nak jumpa dia terus."

Daniel menipu abangnya sedangkan dia kerap terlena akibat ubatan yang dikonsumsinya.

" Hmm, eloklah jumpa Tink.. Bakal isteri kau tu."

" Iyalah bang. Nanti saya pergi rumah mama papa dia."

" Kenapa muka kau pucat semacam ni dik?"

Danny memberhentikan kerja menaip seketika lalu membelek wajah adiknya itu.

THE SECOND CHOICEWhere stories live. Discover now