" Ouchh!!"
" Alamak cik, sorry cik, sorry cik."
Gadis itu terus mencangkung mengutip dokumen yang bertaburan di lantai.
" Tak pe. Lain kali guna mata apabila berjalan tu."
" Amboi, cantik bahasa budak ni." desis hati kecil Danny.
Gadis itu berdiri lalu memandang wajah Danny dengan matanya yang bulat.
" Nasib baik comel." puji Danny dalam hati.
" Hei, hello." gadis itu melambai ke arah Danny.
" Eh, sorry sorry. Saya tak sengaja tadi langgar awak. "
Danny memberikan name card kepada gadis itu.
" Kalau awak ada cedera kat mana-mana call saya tau." kata Danny dengan suara garaunya.
" Danny Eiden Tan Sri Kennedy, CEO Matrix Holdings."
" Ye. Saya. "
" Wow.. Anak Tan Sri ye. Nak show off lah ni?"
" Eh tak, saya ikhlas bagi name card saya tu. Risau kalau awak ada cedera kat mana-mana waktu awak terlanggar badan keras saya ni ha." jawab Danny sinis.
Gadis itu mengetap giginya lalu menanggalkan sepatu tumit tinggi Jimmy Choo nya lalu mengetuk kepala Danny.
" Ouch!! " Danny terduduk.
Boleh tahan gak kalau kena ketuk dengan kasut tinggi perempuan boleh pitam gamaknya.
" Alamak! Encik Danny tak apa-apa ke? Alahai.. Matilanakk.."
" Argh."
" Awak, awak. Bangun. Cuba tengok muka saya. Nampak tak? Ni nombor berapa?" tanya gadis itu sambil menunjukkan kelima-lima jarinya.
" Lima. Lima awak."
" Fuhh, lega. Sorry ek." gadis itu mengurut-urut bahagian kepala Danny yang terkena kasutnya tadi.
Danny memegang pergelangan tangan gadis itu lalu memandangnya lama membuatkan gadis itu memberhentikan urutannya.
Gadis itu berdiri lalu ingin berlalu pergi namun tanggannya ditarik kuat oleh Danny. Danny memegang kepalanya lalu merasakan tangannya basah berbau rusty.
" Katakan ini bukan darah Ya Tuhan." rayu Danny di dalam hati.
" Awak. Kepala awak."
Belum sempat Danny memproses detail kejadian kepalanya berpinar-pinar lalu tubuhnya rebah di tempat parking itu.
" Aduhai, dia pengsan. Macam mana ni? Call ambulance ke? Tak. Call Daniel aje lah."
" Dann, tolong saya. Ada lelaki ni pengsan. Macam mana ni?"
" What?! On your GPS. I'll go to you."
Daniel segera melihat lokasi Elisavera, hatinya lega rupanya kekasihnya berada di bawah parking lot company nya.
Elisavera memeriksa nadi Danny, ternyata masih berdetak. Lega hatinya bukan kepalang.
" Sayang, awak okay tak? " tercungap-cungap Daniel memaut bahu Elisavera.
" Saya okay, tu yang tak okay." tunjuk Elisavera ke arah Danny.
" Abang Danny?"
" Abang?"
Baru Elisavera perasan wajah Danny seiras dengan wajah Daniel hanya dibezakan oleh misai dan jambang di wajah Danny.
YOU ARE READING
THE SECOND CHOICE
Romance【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightmare. You leave me. " Elisavera mengecup pipi Danny lalu mengecup dada Danny. Bibir Danny dikecup ber...