" Daydreaming huh ?"
" Kau ni Nell, abang fikir nak pergi gym tak petang ni."
" Ye ke. Lama juga menung kot tadi. Abang, kenapa cukur misai dan jambang. Kan dah keliru orang sekeliling."
" Abang rasa panas tu yang pergi cukur. Terasa ringan pula."
Danny tersengih melihat Daniel yang geram.
" Petang ni pergi kau ada plan tak? "
" Tak ada ni bang. Cuma nak pergi kejap pilih gaun pengantin. Suit tu semua. Nasib baik ada buka malam. "
Kecewa hati Danny namun ditahannya di depan adik kesayangannya itu.
" Hmm.. Yalah. Jangan lupa jaga kesihatan. Abang tengok banyak ubat pain killer kat laci bilik ofis kau tu. "
" Abang Danny ni pun. Privacy kita pun nak selongkar. Tapi jangan bagitahu mami. Tak nak dia risau sangat. Pening biasa je."
" Alright. Now get out. " suara Danny tegas menghalau Daniel.
" Okay. Fine. "
Sebenarnya Danny tak nak adiknya memanjangkan cerita mengenai Elisavera kerana hatinya remuk ketika itu. Dia harus mengalah dan menyimpan perasaannya dengan rapi tanpa sisa baki terlihat.
SENJA menjelma, Danny menggapai beg gym lalu menukar pakaian di bilik mandi private nya dalam ofis.
" Jangan terlampau workout ya, nanti overdose pulak. Lain jadinya. Sekali sekala rehatkan otot awak ni."
Kata-kata Elisavera buatnya di hospital tempoh lalu terngiang-ngiang di telinganya. Biasa perempuan suka apabila lelaki pergi bina badan tapi dia ni macam tak suka. Lain betul. Apabila melihat badan Daniel berbanding dirinya, dirinya lah yang lebih sasa. Bukan Daniel tak sasa tapi dia yang lebih tegap. Hahaha..
Danny ketawa melihat dirinya di cermin. Harini dia memutuskan untuk berjoging sahaja di taman berdekatan.
Semasa hendak menyeberang jalan, mata Danny tertacap pada seorang gadis yang dikenalinya memegang tangan budak kecil ke arah kereta ibu bapa mereka.
" Rupanya kecil je dunia ni." sambil tersenyum Danny mengerling ke arah papan tanda tadika itu.
" Permai Pre-School."
Selesai berjoging, Danny hendak menuju ke tempat di mana keretanya diletakkan.
" Lamanya Daniel ni. Kata nak ambil. Hmm.." menonong cemberut wajah Elisavera menunggu kedatangan Prince Charming nya.
Ketika Danny hendak menuju Elisavera, Lamborghini Veneno merah milik adiknya berhenti di hadapan gadis itu. Langkahnya terhenti. Dunia seakan mati.
" Danny, what are you doing." bisik hati kecilnya.
Danny berjalan pantas menuju keretanya. Memasang lagu genre jazz sambil mengambil nafas dan menghembus nafasnya perlahan.
Apabila hatinya tenang semula, Danny memandu pulang ke rumahnya. Gambaran bar di rumahnya terbayang di fikirannya ketika itu.
Sampainya Danny di pekarangan rumah, pembantu peribadinya memakirkan keretanya dengan betul semula.
" Chad, don't let anyone in. I'm not in a good mood today."
Pesan Danny kepada pembantu peribadinya.
" Tuan, nak saya siapkan makanan? Smoothie? Pancake?"
" Tak Aunty Chen." sambil tersenyum kelat ke arah tukang masak peribadinya.
YOU ARE READING
THE SECOND CHOICE
Romance【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightmare. You leave me. " Elisavera mengecup pipi Danny lalu mengecup dada Danny. Bibir Danny dikecup ber...