***
" Kamu tidur kat sini je lah Dann. Aunty tak sangka dapat jumpa kamu lagi. Bila tengok kamu teringat pada Daniel. "
" Ma! "
" Ish kamu ni Era, biarkanlah. Apa salahnya. "
" Baik aunty. Maaf ya sebab dah menyusahkan. "
" Tak menyusahkan pun. Aunty rasa gembira. Teringat masa kamu sekolah menengah dulu. Selalu juga tidur sini kan."
Danny tersengih bila teringat masa lalu. Manakala Elisavera rasa bengang yang amat apabila mamanya mempelawa Danny tidur di rumah mereka.
*
*
*10 𝚃𝚊𝚑𝚞𝚗 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚕𝚞..
" Bagi balik! "
" No. "
" Hei pencuri, bagi balik diari saya tu!
" Tak semudah itu kontot. Cubalah ambil. "
" Nanti saya bagitahu mama papa saya. Siaplah awak. "
Danny meletakkan buku diari Elisavera di atas pokok mangga. Danny turun lalu berlalu pergi tanpa menghiraukan rayuan Elisavera.
Elisavera berasa marah lalu memanjat pokok mangga tersebut. Danny yang melihat dari kejauhan. Rasa seronok apabila membuli gadis pujaannya begitu.
" Tak apa awak buat saya macam ni. Nanti saya balas. " marah Elisavera sendirian.
Tanpa sengaja kaki Elisavera terpijak ranting yang rapuh membuatkan Elisavera bergayut di ranting yang berada di sebelahnya ketika itu.
" Arghhhh! "
Danny terdengar Elisavera menjerit. Jantungnya berdetak kencang. Lariannya dilajukan.
" Elisa, turun aje. Nanti abang sambut. " pujuk Danny.
" TAK NAK! "
" Elisa, please. Abang minta maaf. Meh sini abang sambut. "
" Tak mahu. "
" Tolonglah. Abang merayu ni."
Elisavera melihat ke arah Danny. Patutkah dia mempercayai lelaki itu. Lelaki yang telah membulinya.
" Sambut saya tau. " kata Elisavera sayu.
Danny mengangguk berkali-kali kepalanya.
Elisavera mulai melepaskan pegangan tangannya dari ranting tersebut sambil menutup mata." I got you. "
Mata Elisavera perlahan dibuka dan dihadapannya kelihatan wajah Danny yang sedang menggendongnya. Pipi Elisavera menjadi hangat.
Danny menurunkan Elisavera perlahan-lahan. Namun rambutnya telah ditarik oleh Elisavera sebelum berlalu pergi. Elisavera kemudiannya menjelirkan lidahnya ke arah Danny.
Danny menggelengkan kepalanya.
*
*" Eh, kenapa geleng-geleng ni Dann? "
" Teringat masa lalu Keith. "
" Amboi, throwback ke. "
" Tak banyak berubah ek kat sini. " Danny mengerling ke arah Elisavera yang sedang cemberut.
" Tak banyak berubah cuma banyak yang telah berpindah apabila kerajaan nak buat jalan raya kat kawasan ni. Kebanyakkan terkena separuh daripada rumah mereka perlu dirobohkan."
" Oh ya? "
" Yup. "
" Er, Keith..Pokok mangga di belakang rumah masih ada? " sambil mata Danny mengerling ke arah Elisavera.
YOU ARE READING
THE SECOND CHOICE
Romance【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightmare. You leave me. " Elisavera mengecup pipi Danny lalu mengecup dada Danny. Bibir Danny dikecup ber...