♡ 𝙏𝙍𝘼𝙉𝙎𝙁𝙀𝙍 𝙇𝙊𝙑𝙀 ♡
※
※
※
※
※Jarinya licah menaip di papan kekunci laptop nya.
"Zea!!!" panggil Mak si gadis itu dari luar bilik nya.
"Ish apa orang tua ni nak? Ganggu betul aku nak tengok drama Thailand" rungut Zea.
"Zea!!Kau datang sini sebelum aku bakar laptop kau tu!!" pekik Puan Milah ibu kepada Zea dari luar bilik anak gadis nya itu.
"Ye Zea datang!!" laung Zea pula. Dia turun dari katil nya.
Lalu dengan malas nya dia keluar dari bilik.
"Apa mak?" soal gadis itu setelah tiba di hadapan Mak nya.
"Kamu tolong Mak pergi ambil serai dekat luar" arah Puan Milah yang sedang memotong bawang.
"Aduh Zea malas la! Suruh la adik!" bantah Zea dengan menghentak kaki nya.
"Eh adik kau tak ada ,dia pergi tuisyen. Dah jangan nak malas sangat. Pergi ambil cepat!! Kalau tidak Mak bakar gambar apa bring? Berok?--"
"Bright! Aduh yang tu pun susah nak sebut"potong Zea . Dia merengus menyampah bila Puan Milah salah sebut nama artis kesukaan nya itu.
" Apa apa lah! Bright ke berok ke. Kalau kamu tak pergi ambil, Mak bakar gambar Abe kesayangan kamu tu"bebel Puan Milah panjang lebar.
"Yelah yelah! Hishh!" Zea menghentak hentak kaki nya sambil berjalan pergi. Sudah lah rumah kayu habis bergegar satu rumah.
"Allahu Akbar abang aziz jatoh bot!" jerit Puan Milah sambil memegang meja yang bergoyang itu.
"Semua aku yang kena buat. Kalau dengan adik tu tak ada pun nak suruh. Aku nak tengok Bright pun tak boleh" bebel Zea. Dia berjalan dengan menghentak kaki nya. Mulut terkumat kamit membebel.
Selepas mengambil serai di hadapan rumah nya ,dia kembali semula ke pintu rumah .
Pintu belakang rumah di tuju nya.
Tengah dia bebel seorang diri sehingga dia tidak sedar yang dia berada di tempat lain. Suhu di tempat itu tidak seperti di rumah nya tadi. Suhu di tempat itu tersangat dingin.
"Aku dimana?" soal gadis itu dengan melihat keadaan sekeliling nya.
Terdapat rumah rumah yang berpagar dan di tempat itu sudah menjelang malam. Sedangkan tadi di rumah nya baharu sahaja pukul 6 petang.
"Sejuknya" Zea menggigil seraya memeluk diri sendiri. Sudah la dia hanya memakai seluar pendek paras betis dan baju lengan pendek.
"Tadi aku dekat rumah. Kenapa sekarang dekat tempat lain?" soal nya sendiri.
"Adakah ini mimpi? Kalau betul ini mimpi tolong lah bangun kan aku. Aku dah tak tahan dengan kesejukan ini" seloroh gadis itu dengan mengigil satu badan akibat suhu yang terlampau sejuk.
Huhu cam mana prolog? Best? Ni first story aku tentang Jhope. Dan story ni jugak boleh di kaitan dengan fantasi la. But apa apa pun Enjoy ya.
YOU ARE READING
[OG]Transfer Love | 정 호석
FanfictionSeorang idol bertemu perempuan kampung. Kau rasa? "Kau siapa? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Adakah ini mimpi? Kenapa baju aku boleh tertukar? Kau ke yang tukar kan? Ma--" "Kau boleh tak tanya satu satu? Aku pening nak jawab" "Apa nama kau...