💌 06 💌

7 2 1
                                    

Zea melihat sekali lagi mesej yang di kirim oleh Jhope sebentar satu jam yang lepas.

Jebon
Pukul 5:30 nanti ada orang yang akan ambil kau

Aku dah sedia kan baju. Ada dalam almari dalam bilik

Ingat pukul 5:30 aku nak kau dah siap. Kalau kau lambat dorang akan tinggal kau

Zea merengus menyampah. Kau fikir aku bersiap sampai empat hari ka?

"Dasar Jebon!" bengang nya lalu dia mencampak Samsung Galaxy S30 itu ke sofa sebelah nya. Biarkan rosak! Bukan aku yang beli tapi Jhope yang bagi! Kalau rosak pun duit dia yang habis bukan aku!

"Annyeong! Oppa! Oppa!"

Zea mengeluh. Perempuan perempuan tu datang lagi!

Dengan malas nya dia ke arah pintu. Dia menghampiri ke arah pagar yang di mana ketiga gadis itu sedang memekak memanggil Jhope bagai mahu runtuh rumah.

"Lah kau lagi! Eh kau ni betul sepupu oppa? Atau kau ni--"

"Betul la aku sepupu dia! Lagipun aku tak teringin la dekat oppa kau tu! Kalau hansem tak apa juga! Ini muka tah apa apa" patas  Zea memotong percakapan gadis itu. Sempat lagi dia mengutuk Jhope.

Ketiga gadis itu merenung Zea tajam. Mereka tidak percaya apabila Zea mengatakan yang dia adalah sepupu Jhope tapi selepas pengakuan serta kutukan yang terselit pada jejaka itu membuatkan mereka merasakan memang benar yang wanita itu adalah sepupu Jhope.

"Ok kami percaya" ucap salah seorang lagi.

"Jadi korang nak apa ni? Nak bagi hadiah lagi?" soal Zea. Dia menyilang tangan di dada lalu menatap ketiga gadis itu dengan tatapan yang tidak berminat.

"Haah.Nah hari ni kami bawa makanan untuk dia! Nanti kau bagi ya dekat dia" kata gadis itu sambil menghulur beg kertas itu kepada Zea.

Zea mengambil beg kertas itu. Dia mengintai sedikit ke dalam beg kertas itu. Ouh bekal makanan.

"Kau jangan makan pula! Tu khas untuk oppa Jhope " kata gadis itu.

"Tahu lah!Tak nak aku makan! Entah sedap ke tidak" kutuk Zea bernada bisikan.

"Apa kau cakap?" tanya ketiga gadis itu. Mereka menatap tajam Zea.

"Eh tak ada apa apa lah! Oke aku masuk dulu. Annyeong!" ucap Zea. Dia berpusing ke belakangan lalu berjalan memasuki ke dalam rumah.

"Kau jangan makan makanan tu!" sempat lagi ketiga gadis itu menjerit memberitahu Zea sebelum wanita itu memasuki ke dalam rumah.

Zea menghempas punggung nya di sofa seraya beg kertas itu lempar ke ruang sebelah nya.

"Sedap sangat ka masakan dia sampai tak bagi aku makan?" soal nya sendirian. Dia menatap beg kertas itu sebelum mengambil nya.

Bekas makanan yang berwarna biru itu di keluarnya.

"Patut tak aku cuba?" soal nya lagi.

Zea tersenyum penuh makna . Lalu tanpa membuang masa dia pun membuka penutup bekas itu.

"Wow nasi goreng kimchi berserta gimbab" seloroh Zea setelah membuka penutup bekas yang berwarna biru itu.

"Tak salah kan kalau aku cuba rasa?Tak kan? " ucap nya. Dia mula merasakan makanan itu. Dari tujuan yang ingin merasa sehingga lah habis makanan itu kerana terlampau sedap. Langsung dia tidak sedar yang dia sudah makan makanan hak orang tanpa meminta izin tuan nya.

[OG]Transfer Love | 정 호석Where stories live. Discover now