Tok! Tok!
"Kau okey tak?" soal Jin setelah mengetuk pintu tandas yang di masuki oleh Zea.
"Aku okey! Kau jangan risau!" laung gadis itu dari dalam tandas. Jin menghembus nafas lega. Dia fikirkan apa lah yang terjadi kepada gadis itu kerana gadis itu berlari masuk ke dalam tandas selepas Jhope berjumpa dengan nya.
Jin ke arah Jhope yang sedang duduk di sofa sambil menonton kdrama. Ruang kosong sebelah Jhope di duduknya.
"Kau buat apa dekat yeoja tu? Asal dia lari masuk dalam tandas lepas kau jumpa dia?" soal Jin kepada jejaka itu.
"Aku tak buat apa pun. Aku cuma ternampak dia mandi ja dekat kolam. Dia yang berlebih! sampai cakap aku byuntae"seloroh Jhope selamba.
Jin yang geram dengan perangai Jhope pun memukul kepala jejaka itu. Jhope mengadu sakit seraya mengosok kepala nya yang di pukul oleh Jin.
"Akh-Appo! Kau kenapa pukul kepala aku, hyung?"soal Jhope bengang.
"Padan muka kau! Lain kali kalau dah tahu dia tengah mandi dekat kolam tu tak payah la kau gatal kaki pergi jugak! Ha kan dah kena dengan aku! Kalau ikutkan hati hyung bukan kepala kau ja aku pukul tapi kaki aku sekali lekat dekat muka kau!" bebel Jin panjang lebar. Dan Jhope hanya pekakkan telinga nya dengan bebelan jejaka itu.
"Eh! Kau okey tak?" soal Jin kepada Zea yang baru sahaja keluar dari tandas.
"Aku okey ja. Tadi aku tukar baju" jawab Zea yang berjalan ke arah mereka. Jin mengangguk kepala nya.
Jhope menguling bebola mata nya ke atas menyampah. Dengan aku bukan main cakap kasar tapi dengan yeoja tu lembut ja dia cakap. Siapa yang orang luar sebenarnya ni?
"Ha aku lupa nak tanya kau. Nama kau apa?" soal Jin setelah Zea duduk di sofa hadapan mereka.
"Panggil aku Zea ja" Ujar Zea yang dapat anggukkan dari Seok Jin.
"Nama penuh kau?umur kau?"soal jejaka itu lagi. Jhope di sebelah sudah menyampah. Mahu sahaja dia keluar dari rumah ini tapi di ikutkan ini rumah nya jadi kenapa harus dia yang keluar?
"Zea Nathania. Dan umur aku 26 " Zea memberitahu nama panjang nya serta umurnya.
"Ouhh aku panggil kau Zea lah sebab macam susah ja nak sebut nama kau tu. Tapi umur kau sama dengan member dalam group kami" tutur Jin.
"Ouhh.Member? Group? Maksud kau?" tanya Zea pelik.
"Jinja kau tak kenal kami? Jadi kau tak tahu la nama aku?" terkejut Jin apabila gadis itu tidak tahu siapa dia. Padahal dia dan group nya sangat terkenal di seluruh dunia serta para ibu dan bapa juga tahu akan group mereka.
"Aku--
"Nae hyung dia tak tahu kita. Kalau dia tahu dah lama dia minta autograf tak pun pengsan sebab terjumpa kita" seloroh Jhope yang memotong percakapan Zea.
"Betul juga. Okey mari aku perkenalkan diri. Nama aku Kim Seok Jin. Kau boleh panggil aku Seok Jin tak pun Jin. Dan ni Jhope atau nama betul nya Jung Hoseok. Kami dari kumpulan yang terkenal di Korea dan seluruh dunia. Nama kumpulan kami adalah Bangtan Sonyeondan atau nama singkatan nya BTS. Kau nak tahu yang lebih lanjut Search ja dekat Google. Okey faham?" terang Jin panjang lebar tentang nya serata group nya.
"Seriously nama dia Jin? Kalau la dia tahu Jin tu maksud apa dalam Islam mesti dia akan tukar nama dia" seloroh Zea perlahan.
"Apa kau cakap aku tak dengar" soal Jin kerana tidak dengar apa yang di kata oleh gadis itu.
YOU ARE READING
[OG]Transfer Love | 정 호석
FanficSeorang idol bertemu perempuan kampung. Kau rasa? "Kau siapa? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Adakah ini mimpi? Kenapa baju aku boleh tertukar? Kau ke yang tukar kan? Ma--" "Kau boleh tak tanya satu satu? Aku pening nak jawab" "Apa nama kau...