Lelaki itu mencuba untuk melarikan diri daripada sekumpulan gangster yang mengejarnya.
"Woi Minhee,kau jangan harap kau boleh lari!"
Kesemua ahli ahli gangster itu tidak berhenti daripada mengejar Minhee.Lelaki yang berhutang dengan mereka.Kang Minhee ialah seorang abang kepada adiknya iaitu Kang Jiyoon.Mereka hidup serba sederhana.Tetapi disebabkan Minhee ingin duit untuk membayar bill rumah,dia terpaksa meminjam duit dari sekumpulan gangster yang bernama GOAT'S HEAD.Mereka ini salah satu gangster terbesar di kota ini.Setiap kali ada sahaja kes yang terjadi disebabkan mereka.Tetapi polis tidak mampu memasuk campur.Ada beberapa ahli GOAT'S HEAD ini pernah membunuh orang.Jadi penduduk penduduk di kota Seoul sungguh takut dengan mereka semua.Tetapi tidak sangka pula bahawa ada orang yang berani mencari masalah dengan mereka.Dan orang itu ialah Kang Minhee.Kang Minhee telah diberi kesemua duit daripada boss mereka yang bernama Jung Daekyung.Sebelum ini,Daekyung pernah memberitahu Minhee agar ganti balik duit yang dia pinjam.Tetapi sudah berhari hari mereka tunggu namun Minhee langsung tidak datang ke tempat mereka iaitu di sebuah kelab.Daekyung menjadi marah kerana Minhee telah memungkiri janji.Dia menyuruh kesemua pembatunya untuk mencari Minhee sampai dapat.Akan dia seksa lelaki itu hidup hidup.Dan mereka jumpa juga Minhee.Lelaki itu berjalan lenggang kangkung sambil membawa plastik yang berisikan makanan untuknya dan adiknya di rumah.Mereka menjerit nama Minhee.Lelaki itu menoleh dan terkejut kerana pembantu pembantu Daekyung sedang mengejarnya.Dia apa lagi,berlari sekuat hati untuk melepaskan diri.Ahli gangster itu mengikuti sahaja arah Minhee pergi.
"Kang Minhee!Kami akan kejar kau sampai lubang cacing!"
Minhee menghiraukan kata kata mereka itu dan terus berlari.Minhee akhirnya tiba di lorong lorong sepi.Dia tidak tahu arah mana yang patut dia pergi jadi lelaki itu hanya membelok kiri.Tetapi malangnya sudah tidak ada jalan,dia terperangkap.Pada masa yang sama kumpulan GOAT'S HEAD datang.Mereka senyum kemenangan dan mula mengepung Minhee.Air liur ditelan kesat.Dia tidak boleh pergi ke mana mana lagi.Salah satu daripada kumpulan GOAT'S HEAD maju tetapi Minhee menghalangnya dengan cara menghayun hayunkan beg plastiknya.Yang lain pura pura terkejut sambil ketawa sinis.Ahli GOAT'S HEAD yang bernama Kim Tteori cuba untuk maju.
"Jangan takut Minhee,kami cuma nak kau bayar balik hutang boss kami"
Minhee mula rasa panik kerana mereka semua cuba untuk mendekatinya.Dengan peluang yang ada,Minhee mencuba melarikan diri namun malangnya kakinya tidak sengaja tertendang batu dan membuatkan Minhee terjatuh.Mereka semua mula membuat satu bulatan.Minhee ditatap dengan tatapan yang sinis dan jahat.Son Jaeyi salah satu daripada ahli GOAT'S HEAD terus menghilangkan senyuman sinisnya lalu memukul kepala Minhee menggunakan pemukul baseball itu sehingga membuatkan kepala Minhee berdarah dan lelaki itu pengsan.Mereka semua mula membawa Minhee untuk pergi ke tempat kediaman mereka.
-
Bunyi lagu yang kuat di dalam kelab itu membuatkan Daekyung menari nari sambil meminum araknya.Boleh dia mendengar pintu dibuka lalu muncullah pembantu pembantunya bersama Minhee yang sudah diikat.Lelaki itu juga telahpun sedar.Mereka membawa Minhee mendekati Daekyung.Daekyung senyum lalu menepuk tangannya.
"Haaa Kang Minhee,akhirnya"
Tengkuk lelaki itu ditepuk tepuk.Minhee terbatuk.Daekyung mencengkam rahangnya.
"Makin kacak ya Minhee.Tapi bukan tu aku nak cakap"
Bahu Minhee dipeluk lalu diurut urut.
"Kau masih ingat duit aku yang kau pinjam dulu tu?"
Minhee akhirnya bersuara.
YOU ARE READING
NOT FOR SALE - PARK SUNGHOON
FanfictionMengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Kang Jiyoon yang menjadi mangsa kepada hutang abangnya dengan boss penculik tersebut.Jika abangnya tidak mengumpul duit selama 10 hari,maka adiknya lah yang akan menjadi duit mereka. Mampukah abang Jiy...