Hari kedua,Minhee masih lagi mencari cari kerja sambilan.Tetapi tiada satu pun yang ingin menerimanya.Minhee mula menuju ke pasar tamu.Sungguh meriah di sana dengan pelbagai penjual yang menjual.Ada yang jual sayur ada yang jual ayam ada juga yang menjual ikan.Suara suara untuk memikat para tetamu tetamu tidak pernah berhenti.
Minhee mula memusing musing,mencari jika ada kerja kosong.Minhee ternampak seorang makcik yang sibuk melayan pelanggannya.Kelihatan makcik itu sungguh peramah terhadap pelanggan pelanggannya.Minhee menghampiri kedainya.Makcik itu masih lagi melayan mereka semua.Usai melaya,Minhee maju.Makcik tersebut menghadiahkan senyuman manis ke Minhee."Haaa adik kacak,nak beli apa?"
Minhee menggaruk garuk kepalanya.Dia juga senyum ke macik tersebut.Kepala digeleng.
"Saya datang sini bukan nak membeli cik"
Makcik tersebut mengerutkan dahi.Tetapi senyuman masih terlihat di wajahnya.
"Jadi,kamu buat apa kat sini?"
Minhee menguak rambutnya ke belakang.
"Jadi macam gini makcik.."
Minhee mula menceritakan apa yang berlaku.Makcik tersebut membulatkan matanya sambil menekup mulutnya.Cerita Minhee ini betul betul mengejutkan.Sampai hati mereka buat begitu terhadap adiknya.Makcik tersebut menggelengkan kepalanya.
"Kenapalah orang zaman sekarang ni.Suka jadikan oranh yang tak bersalah mangsa mereka.Kesian"
Minhee mengangguk setuju.Makcik tersebut melihat Minhee.Keluhan dilepaskan.Agak kesian pula melihat lelaki ini.
"Kamu bersabar lah ya.Makcik tau,kamu abang yang kuat"
Minhee ketawa kecil.
"Jadi...makcik boleh tak benarkan saya berkerja dengan makcik?"
Makcik tersebut senyum lalu mengangguk.Minhee memasang wajah teruja.Akhirnya,dia telah mendapat kerja.Sungguh gembira lelaki itu biarpun berkerja di pasar tamu.
"Nama makcik,Jeon Seni.Panggil makcik Jeon je"
Minhee mengangguk.Kini giliran Minhee pula mengenalkan dirinya.Makcik Jeon membuka pintu untuk Minhee masuk.Pada hari ini,Minhee telah menjadi pembantu Makcik Jeon.Lelaki itu akan berkerja keras untuk mendapatkan duit dan akan menyelamatkan adiknya.
'Jiyoon,bersabar ya'
-
"Namun kau takkan sendiri,ku ada di sini"
"Untukmu aku akan bertahan~"
Jiyoon melihat sambil ternganga.Gadis itu mendengar sahaja suara merdu Sunghoon.Lelaki itu menyanyi sehingga menusuk jiwanya.Terlalu sedih lagu itu.
"Ohhhh wooo ohhh ohhh!Untukmu aku akan bertahan!"
Sunghoon mula berdiri.Dia meninggikan sahaja suaranya.Jiyoon agak kagum dengan lelaki tersebut.Dia seolah olah kawan kepada Sunghoon.Rasa takut tiada sudah disebabkan suara merdu Sunghoon.Usai Sunghoon menyanyi Jiyoon bersorak.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.Jiyoon senyum.
"Merdu gila suara encik.Apa kata encik nyanyi lagi"
Sunghoon mula memasang wajah dinginnya.
"Kau ingat ni konsert?"
"Uish,memang konsert pun.Saya duduk kat sini macam saya ni penonton pula"
Gadis itu tersengih.Sunghoon menggerakkan bebola matanya ke atas.
"Tak sangka,gangster gangster pun suara sedap kan?"
YOU ARE READING
NOT FOR SALE - PARK SUNGHOON
FanfictionMengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Kang Jiyoon yang menjadi mangsa kepada hutang abangnya dengan boss penculik tersebut.Jika abangnya tidak mengumpul duit selama 10 hari,maka adiknya lah yang akan menjadi duit mereka. Mampukah abang Jiy...