Ep 9

227 15 55
                                    

Jiyoon bermain dengan jari jarinya.Gadis itu agak pelik,suara sorakan sudah pun tiada.Jiyoon mendongak menatap siling hitam tersebut.Keluhan berat dilepaskan.Mata dipejam.Tiba tiba sahaja Minhee melintas dalam fikirannya.Mata dibuka kembali.

"Abang...bila adik boleh selamat ni?"

Sungguh rindu diri ini kepada abangnya Kang Minhee.Bagaimana jugalah cerita lelaki itu sekarang.Harap harap sahajalah Minhee kembali dengan duit yang penuh untuk membayar kembali hutang Daekyung.Tengah tengah Jiyoon memikirkan abangnya,pintu dibuka membuatkan Jiyoon tersentak.Orang yang buka pintu tersebut sampai jatuh dibuatnya.Jiyoon membulatkan mata.

"S-siapa ni?"

Lelaki tersebut dengan terhuyung hayangnya cuba untuk bangun.Semasa lelaki itu mengangkat wajahnya,betapa terkejutnya Jiyoon di saat melihat wajah lelaki itu.Pipinya sudah pun merah habis.Benda yang Jiyoon tidak inginkan terjadi.

"S-Sunghoon..?"

Sunghoon yang sudah mabuk itu melihat kiri kanan dengan mamainya.Rambut dikuak ke belakang.Saat lelaki itu melihat Jiyoon,gadis itu membeku.Kening diangkat.

"Kau siapa?"

Sunghoon menundingkan jarinya ke arah Jiyoon.Jiyoon dengan ragu ragu menjawab.

"Ini Jiyoon,Sunghoon awak tengah mabuk ni-"

"Aku mana ada mabuk lah!"

Tersentak Jiyoon dibuatnya.Sunghoon mencuba sedaya upaya untuk berdiri biarpun dia berkali kali terjatuh.Untuk kali yang entah ke berapa,lelaki itu akhirnya bisa berdiri.Biarpun tubuhnya hampir ingin tumbang,Sunghoon memegang benda benda yang bisa menyokongnya untuk tidak jatuh.Mata Sunghoon cuba fokus pada wajah Jiyoon.Melihat wajah cantik Jiyoon membuatkan Sunghoon senyum manis.Jiyoon agak hairan.

"Sunghoon...kenapa awak senyum?"

Jiyoon membulatkan matanya di saat Sunghoon datang mendekat ke arahnya.Sunghoon duduk mencangkung,senyuman masih diukir.Pipi Jiyoon perlahan lahan diusap lembut.Jiyoon mengundurkan diri.

"Sunghoon,sedar Sunghoon sedar.."

Biasanya,orang mabuk memang tidak akan sedar apa yang mereka lakukan.Macam sekarang inilah.Sunghoon langsung tidak sedar apa yang dia buat selepas mabuknya sudah hilang nanti.Sunghoon menatap ke arah kaki Jiyoon.Lihat sahaja ekor mata Sunghoon menatap kakinya membuatkan Jiyoon membulatkan mata.Cepat cepat di menutup kakinya yang agak terdedah itu.Takut jika Sunghoon apa apakan dia.Padahal sebelum ini,Sunghoon tidak pernah sama sekali menyentuh gadis ini sesuka hati.Sunghoon mengangkat keningnya lagi sekali.

"Eh"

Jiyoon tersentak di saat Sunghoon menyentuh lututnya.Benda ini tidak boleh dibiarkan.Jiyoon menjauhkan kakinya daripada Sunghoon.Sunghoon senyum lagi.

"Wah,lembutnya bantal ni"

Jiyoon membeku.Bantal?Tapi inikan kaki Jiyoon.Makin takut gadis itu dibuatnya.Sunghoon tersengih comel.Tanpa ragu ragu Sunghoon merehatkan kepalanya di 'bantal' tersebut.Makin membeku lah gadis itu kerana sekarang ini,kepala Sunghoon berada di pehanya.Jiyoon ingin meminta tolong juga tiada guna kerana dia tahu,GOAT'S HEAD ialah gangster jahat.Minta tolong buat apa kalau mereka juga melakukan benda yang sama.Lebih baik diam sahaja.Tetapi Jiyoon panik.Bagaimana hendak menyedarkan Sunghoon semula.Sunghoon yang sudah memejamkan mata itu mengerutkan dahi di saat Jiyoon menggerak gerakkan kakinya.Sunghoon berdecit kecil.

"Jangan gerak.."

Jiyoon berhenti.Jikalau gadis itu tidak berhenti memang nahaslah dia.Jiyoon hanya mendiamkan diri sambil melihat ke hadapan.Sunghoon pula sudah pun memejamkan mata.Tetapi entahlah kenapa Sunghoon sekarang berasa panas sekali.Padahal di dalam bilik karaoke ini ada penghaw dingin.Lelaki itu tidak berhenti mengelap peluhnya bahkan mengipaskan bajunya agar angin terkena di tubuh tegap lelaki tersebut.
Tetapi rasa kepanasan di badan Sunghoon masih bertambah membuatkan lelaki itu menggaruk kepala rimas.Sunghoon lalu duduk.Jiyoon hanya memerhatikan sahaja.Boleh di katakan hampir terkeluar biji mata Jiyoon di saat Sunghoon menanggalkan bajunya.Belakang tubuhnya akhirnya ternampak kesan kesan sebatan yang diberi oleh ayahnya dahulu.Sampai sekarang tidak hilang.Sunghoon membaling bajunya lalu baring kembali di peha Jiyoon.Jiyoon sudah pun memejamkan matanya.Tidak sanggup untuk melihat tubuh Sunghoon.Dalam diam dia berkata ayat ini berkali kali.

NOT FOR SALE - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now