Bunyi ketukan daripada luar membuatkan Jiyoon risau dan panik.Abang abang Sunghoon tidak berhenti henti mengetuk pintu karaoke dari tadi,tambahkan pula Sunghoon masih lagi dibuai mimpi.Sudah disuruh bangun tetapi Sunghoon tetap memejamkan mata.Jiyoon mencuba menjerit nama Sunghoon dengan tona suara perlahan agar orang orang di luar sana tidak dengar.
"Sunghoon bangun Sunghoon"
Masih tidak menjawab.Ketukan dari luar semakin kuat.Jiyoon mula sedikit panik,mereka bahkan memanggil nama Sunghoon berkali kali.
"Sunghoon buka pintu Sunghoon"
Jiyoon menggigit bibirnya.Gadis itu tidak putus asa,dia terus dan terus memanggil nama Sunghoon.Sesekali Jiyoon melihat tangannya,belum diikat.Disebabkan sudah beberapa hari tangannya diikat,akhirnya Sunghoon lepaskan dan biarkan tangan gadis itu bebas terlebih dahulu agar mengurangkan rasa sakit Di bahagian pergelangan tangan.Jiyoon terfikir fikir,dengan tangannya yang sudah tidak diikat lagi,gadis itu bisa berdiri.Tetapi masalahnya sekarang ini ialah kakinya.Kaki kecil gadis itu masih lagi terikat,untuk membuka tali ikatan tersebut amatlah susah.Jiyoon terpaksa terlompat lompat untuk pergi mendekati Sunghoon.Gadis muda itu tetap juga berdiri dengan perlahan lahan.Kedua dua tangannya memegang dinding agar bisa menyokongnya untuk berdiri.Seperti yang dikatakan,terlompat lompat Jiyoon dibuatnya hanya kerana Ingin maju ke arah Sunghoon yang masih tidur nyenyak.Sunghoon cuba dibangunkan lagi.
"Sunghoon bangun Sunghoon"
Kaki lelaki tersebut ditepuk lembut,bermohon agar Sunghoon akan bangun dengan tepukannya yang lembut itu.
"Sunghoon bangun,abang abang awak ada kat lua-"
Tersentak Jiyoon dibuatnya di saat pintu karaoke dilanggar oleh sesuatu.Di situasi luar,Taehi mencuba untuk membuka pintu yang kunci itu dengan cara melanggar pintu tersebut menggunakan bahunya agar terbuka.Jiyoon mula panik,tepukan yang lembut itu menjadi agak agresif.Risau jika pintu itu terbuka nanti.Malangnya Sunghoon masih dibuai mimpi,lelaki tersebut sempat menggeligat lalu memggosok matanya.Jiyoon agak jengkel,baru sahaja Ingin sambung membangunkan Sunghoon,kaki lelaki tersebut digerakkan dan tidak sengaja tertendang kaki Jiyoon yang masih terikat.Belum sempat Ingin menahan,akhirnya tubuh kecil gadis it terhempap kuat ke tubuh tegap Sunghoon.Jiyoon membulatkan matanya.Wajah mereka sungguh dekat sekarang ini.Jantung Jiyoon mula berdetak.Matanya terbuka luas.Rasa ada benda menindih,akhirnya Sunghoon membuka matanya perlahan lahan.Jiyoon terkaku melihat Sunghoon yang sudah membuka mata itu.Mereka akhirnya bertatap antara satu sama lain.Seketika senyap.Sehinggalah Sunghoon sedar,matanya membulat.Baru sahaja Ingin teriak,mulut lelaki tersebut ditutup kuat menggunakan kedua dua telapak tangan Jiyoon.Jiyoon menggigit bibirnya.Gadis itu berbisik.
"Senyap,abang abang awak ada kat luar pintu"
"Pintu kunci,dorang nak cuba untuk buka"
Sunghoon akhirnya faham.
"Weh panggil Daekyung,suruh dia buka guna kunci"
Mendengar sahaja ayat itu membuatkan Jiyoon dan Sunghoon panik.Tanpa basa basi Sunghoon duduk lalu dengan selambanya lelaki itu mengangkat Jiyoon dengan gaya bridal style.Jiyoon agak terkejut.Dengan lantas Jiyoon diletakkan di bawah lantai lalu pergelangan tangannya diikat semula.Jaket yang dipakaikan ke tubuh Jiyoon diambil semula.
"Diam,buat buat macam kau takut aku"
Jiyoon mengangguk laju.Sunghoon berdiri,pada masa yang sama pintu akhirnya terbuka menggunakan kunci yang dipegang oleh Daekyung.Sunghoon cuba menjadi seperti biasa manakala Jiyoon mulakan lakonannya.Akhirnya semua abang abangnya masuk ke dalam.Sunghoon cuba tunjuk tenang.Dia berdehem kecil lalu tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Taehi mengintai sedikit ke arah Jiyoon,gadis itu menundukkan kepalanya.Taehi melihat Sunghoon.
YOU ARE READING
NOT FOR SALE - PARK SUNGHOON
FanfictionMengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Kang Jiyoon yang menjadi mangsa kepada hutang abangnya dengan boss penculik tersebut.Jika abangnya tidak mengumpul duit selama 10 hari,maka adiknya lah yang akan menjadi duit mereka. Mampukah abang Jiy...