"1"
"2"
"3!"
"Lumba"
Kedua dua motor itu memecut laju serentak.Kumpulan MONSTERS dan GOAT'S HEAD melihat sahaja mereka sambil bersorak.Begitu juga dengan penonton penonton yang lain.Di situasi Kino dan Sanpyo,mereka mencuba untuk potong memotong.Tetapi tidak boleh kerana,jika salah satu daripada mereka belok ke kanan,lawan mereka mesti juga belok ke kanan.Begitu juga jika ingin membelok ke kiri.Jadi susah untuk mereka membelok pemain lawan.Sanpyo juga ada mencuba untuk menendang motor Kino,namun Kino pantas mengelak.Akhirnya,mereka cuma berlumba seperti biasa tetapi kelajuan yang teramat laju.Di situasi lain pula,semua orang yang tertunggu tunggu buat kerja sendiri.Ada yang bermain telefon,ada yang melihat motor motor mereka semua dan sebagainya.Sunghoon hanya duduk sambil menghayal.Kayu yang diambil itu dimain mainkan.Tiba tiba sahaja telefonnya berbunyi.Sunghoon mengangkat panggilan.Dia agak berbisik kerana yang menelefonnya sekarang ini ialah Sanpyo.
"Hyung,kenapa call aku?"
"Sunghoon,tolong aku boleh tak?"
Sunghoon mengerutkan dahi.
"Tolong apa?"
"Tolong aku tumbangkan Kino.Kau kan pandai dalam bak bak menipu ni.Aku nak duit tu"
Sunghoon melihat sekeliling,memastikan tiada sesiapa yang memerhatikannya.Sunghoon menjawab lalu panggilan dimatikan.Abang abangnya yang lain didekati.Dia menceritakan tentang ala sahaja yang Sanpyo beritahunya sebentar tadi.Mereka semua mengangguk setuju.Sempat Sunghoon minta mereka untuk melindunginya supaya bisa berjaya melarikan diri pergi menolong Sanpyo.Sunghoon menelefon Sanpyo lagi sekali.
"Hyung,korang dah kat mana ni?"
Sanpyo memberitahu jalan yang sekarang mereka pergi,Sunghoon dengan kaki panjangnya laju sahaja berlari untuk mendapatkan Kino.Dari jauh lelaki itu boleh melihat yang Sanpyo sekarang berada di belakang Kino.Memang betul cakap Sanpyo,Kino sungguh laju.Maklumlah,Sanpyo sudah berumur 40an jadi tidak peliklah kalau Sanpyo tidak dapat mengejar Kino.Yang muda berlumba dengan yang tua,kiranya siapa yang menang?Mesti yang muda kan.Sunghoon bersembunyi disebalik rumput rumput panjang.Lelaki itu perlahan lahan maju ke Kino yang fokus kepada jalan raya.Sanpyo menoleh ke kanan apabila dia melihat rumput rumput ditepinya bergerak.Rupanya itu ialah Sunghoon.Sunghoon juga ternampak Sanpyo.Jari telunjuknya diletakkan dibibirnya sendiri memberitahu Sanpyo agar diam.Sanpyo hanya mengangguk dan melihat ke hadapan semula.Sunghoon maju lagi sedikit.Lelaki itu sudahpun mengeluarkan pistolnya.Dia maju lagi sedikit.Laju juga Kino ini,sakit kaki hendak mengejar.Kejar punya kejar,akhirnya mereka telah pun mendekati lampu isyarat.Pada masa yang sama,lampu merah bernyala.Semua kenderaan berhenti begitu juga motor Kino dan Sanpyo.Ini ialah peluang yang Sunghoon ada.Dia maju lagi sedikit.Pistolnya sudah pun sedia menghala ke arah tayar motor Kino.Hanya tunggu lampu hijau sahaja.Kino langsung tidak sedar bahawa ada seseorang ingin menumbangkannya.Kononnya,dia yakin yang dia boleh menang kali ini.Lampu hijau sudah pun bernyala,dan pada masa yang sama peluru dari pistol Sunghoon dikeluarkan.
PPIU!
Tepat pada sasaran.Kini,tayar Kino sudah pun membocor.Sanpyo laju sahaja memecut ke hadapan.Sunghoon pula mengundur.Kino cuba untuk menggerakkan motornya tetapi tidak dapat.Kereta yang lalu lalang itu juga ada yang terkejut tetapi tidak tahu siapa yang menembak itu.Disituasi ahli MONSTERS dan GOAT'S HEAD pula,suasana yang riang itu bertukar menjadi diam di saat mereka juga terdengar bunyi tembakan.Hui mengerutkan dahi.Siapa pula yang main tembak tembak ini?Sesekali lelaki itu melihat kumpulan GOAT'S HEAD.Mereka juga tertanya tanya,siapa yang melepaskan tembakan tadi?Hui mengerutkan dahi sekali lagi.Semua ahli GOAT'S HEAD ada di sana tetapi cuma satu orang sahaja.
YOU ARE READING
NOT FOR SALE - PARK SUNGHOON
Fiksi PenggemarMengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Kang Jiyoon yang menjadi mangsa kepada hutang abangnya dengan boss penculik tersebut.Jika abangnya tidak mengumpul duit selama 10 hari,maka adiknya lah yang akan menjadi duit mereka. Mampukah abang Jiy...