Petang.Pintu rumah dibuka lalu Makcik Jeon masuk ke dalam.Pinti ditutup semula.Barang barang yang dibawa ke pasar tadi diletakkan di dapur.Makcik Jeon menuju ke bilik untuk membersihkan diri.Usai wanita separuh abad itu membersihkan diri,Makcik Jeon langsung pergi ke meja yang sudah tersedia di biliknya.Sebuah foto ditepinya diambil.Senyuman kecil diukir.Dilihatnya sahaja seorang budak lelaki bersama keluarganya di dalam foto tersebut.Budak lelaki itu cucu makcik Jeon.Namanya,Boo Reowoo.Dahulu,setiap kali keluarga Boo Reowoo balik ke Seoul untuk melawatnya,makcik Jeon terlebih dahulu Reowoo cari.Dicarinya nenek kesayangannya sampai jumpa.Reowoo lah dahulu yang selalu menemani makcik Jeon pergi ke pasar tamu untuk menolongnya.Kadang,pelanggan pelanggan yang datang di khemah Makcik Jeon,mereka akan puji budak kecil itu.Kecil kecil dah ringan tulang membantu.Di rumah makcik Jeon pula,Reowoo selalu bermain sorok sorok bersama makcik Jeon.Reowoo menyembunyikan diri manakala makcik Jeon yang mencari.Hubungan antara cucu dan nenek ini kekal hampir 10 tahun.Tetapi,pada suatu hari makcik Jeon mendapat berita yang sungguh bikin terkejut.Hampir tumbang wanita tua itu dibuatnya.Boo Reowoo,disahkan meninggal dunia.Sebenarnya,ibu bapa Reowoo merahsiahkan perkara kepada makcik Jeon kerana,mereka tau betapa rapatnya makcik Jeon dengan anak mereka.Mereka tidak mahu makcik Jeon tahu bahawa Reowoo mempunyai suatu penyakit yang boleh membahayakan nyawa.
Boo Reowoo,semasa budak itu masih lagi 5 tahun,Reowoo mengalami Pneumonia iaitu jangkitan kuman paru paru.Pneumonia adalah keradangan ruang udara di paru-paru yang paling biasa disebabkan oleh jangkitan.Penyakit boleh menyebabkan jangkitan dan menghasilkan gejala seperti batuk, demam, dan mengalami pernafasan yang sukar.Makcik Jeon mengerutkan dahi,bila difikirkan balik,semasa keluarga Reowoo bermalam di sini selalu sahaja dia melihat Reowoo terbatuk batuk.Terkadang,jika mereka berdua bermain kejar berkejaran,Reowoo akan berhenti terlebih dahulu untuk mengatur nafas.Tetapi gayanya agak seperti sukar untuk bernafas.Makcik Jeon jadi risau lalu wanita separuh abad itu mengajak Reowoo untuk masuk ke dalam.Semasa itu juga,makcik Jeon belum lagi sedar akan penyakit yang dialami cucunya sendiri.Dan baru hari ini ibu bapa Reowoo memberitahunya.Makcik Jeon mengalirkan air mata tanpa sedar.Hatinya hancur apabila mendengar cucu kesayangannya telah pun pergi.Wanita separuh abad itu,menangis tidak henti henti.Dia juga marah akan anaknya dengan anak menantunya.Mengapa baru sekarang mereka bagitau?Tetapi apakan daya,makcik Jeon tidak bisa memutarkan masa.Tuhan lebih sayang Reowoo,disebabkan itulah Reowoo pergi untuk selamanya.Mengingat kembali kenangan kenangan manis bersama Reowoo,makcik Jeon mengalirkan air mata.Dipeluknya bingkai foto itu dengan erat.Makcik Jeon menangis tidak berbunyi,menandakan betapa sakitnya hati seorang nenek yang telah kehilangan cucu.Apa kurangnya dengan keluarga kandung Reowoo sendiri?Mesti mereka juga sedih.
"Reowoo...harap kamu tenang di sana"
Usai melepaskan rindu,makcik Jeon terdiam seketika.Bingkai foto itu dilihat untuk kali terakhir lalu diletakkan ke tempat asal.Sisa air mata yang ada dihapuskan.Makcik Jeon turun ke bawah.Beg diambil dan wanita separuh abad itu duduk di sofa.Zip dibuka lalu rezeki yang dia dapati hari ini dikeluarkan.Makcik Jeon sungguh bersyukur,dengan adanya Minhee hasil jualannya semakin laku.Rasanya,Minhee lah pengganti Reowoo.Dahulu,Reowoo yang selalu membantu makcik Jeon tetapi sekarang Kang Minhee.Makcik Jeon mengira duit yang dia dapat hari ini.Beberapa helai diletakkan dimeja lalu beberapa helai lagi di letakkan di dalam beg.Duit yang di meja tadi dikira balik.Senyuman kecil diukir.
-
Jiyoon membuka mulut.Untuk ke terakhir kali,makanan dimasukkan ke dalam mulut gadis itu.Akhirnya,Sunghoon selesai menyuap gadis itu makan.Dah tangannya sudah terikat terpaksalah lelaki itu yang menyuapnya.Tetapi,tidak boleh kah sahaja dilepaskan dahulu ikatan agar Jiyoon senang makan?Entahlah,mungkin Sunghoon belum percaya gadis itu sepenuhnya.Dia takut jikalau ikatan dilepaskan,Jiyoon akan terus melarikan diri.Itu satu,atau ada sebab lain Sunghoon tidak ingin melepaskan ikatan.Rasanya apa?Jiyoon menelan makanannya.Sunghoon tanpa ragu ragu mengambil tin cola tersebut lalu meminumkan gadis yang sudah kenyang itu.Jiyoon menelan dengan rakusnya.Sunghoon menggelengkan kepala.Selama lelaki itu menyuapkan gadis itu,dia balik balik tanya kepada dirinya.Kenapa Sunghoon ingin juga menyuapnya?Padahal lelaki itu boleh sahaja melepaskan ikatan terlebih dahulu.Kalau ya pun Jiyoon hendak melarikan diri,Sunghoon masih boleh menghalangnya.Sunghoon dari tadi berfikir seperti ini.Pertama kali dia agak baik dengan mangsa culiknya sendiri.Atau mungkin Jiyoon ini gadis,jadi kenalah dilayan bagus bagus.Heh.Usai itu,semua bekas makanan dikumpul untuk dibuang ke dalam tong sampah.Jiyoon sendawa panjang membuatkan Sunghoon menatap gadis itu dengan tatapan agak jijik.Jiyoon juga melihat Sunghoon lalu tersenyum kambing.Sunghoon menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
NOT FOR SALE - PARK SUNGHOON
FanficMengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Kang Jiyoon yang menjadi mangsa kepada hutang abangnya dengan boss penculik tersebut.Jika abangnya tidak mengumpul duit selama 10 hari,maka adiknya lah yang akan menjadi duit mereka. Mampukah abang Jiy...