Ep 20

313 16 79
                                    

"Jangan bergerak,kami polis!"

Serentak Sunghoon dan Jiyoon melihat ke hadapan.Sunghoon melindungi Jiyoon Di belakang.Kesemua Ahli GOAT'S HEAD yang tumbang tadi akhirnya telahpun ditangkap.Mereka semua sudahpun dimasukkan ke dalam kereta polis.Jiyoon akhirnya selamat.Dia kini sudah bebas.Sunghoon juga menghembuskan nafas lega,lega kerana semuanya sudah berakhir.Sudah tidak ada Yang boleh mengganggu Jiyoon lagi.Sunghoon lalu menoleh ke arah Jiyoon.Sunghoon memberikan Jiyoon ruang untuk memakai balik bajunya.Usai Jiyoon memakai kembali bajunya,Sunghoon menoleh ke arah Jiyoon sekali lagi.Belum sempat Sunghoon ingin bersuara,Jiyoon terlebih dahulu memeluk tubuh Sunghoon.Lelaki itu agak terkejut.Pipinya merah sedikit.Sunghoon perlahan lahan mengukirkan Senyuman lalu bahu Jiyoon ditepuk tepuk.

"Kau dah selamat Jiyoon"

Jiyoon tidak berkata apa apa Malah ia masih lagi memeluk tubuh tegap Sunghoon.Sunghoon Ingin meleraikan pelukan untuk melihat wajah Jiyoon,tetapi Jiyoon tidak mau lepas.

"Biarkan kita macam ni sekejap"

Sunghoon hanya mendiamkan diri.Sunghoon melihat sahaja Jiyoon yang masih memeluknya.Teringat pula semasa pertama kali mereka berjumpa.Tenang sahaja Cara Jiyoon bercakap bersamanya.Ingatkan Sunghoon tidak baik baik sahaja dengan Jiyoon,tetapi pertama kali dalam hidup Sunghoon sungguh berlembut dengan Jiyoon.Lelaki itu juga tidak tahu apa yang dia rasakan bila bersama sama dengan Jiyoon.Dan pada hari ini Di mana Jiyoon sudahpun bebas,barulah Sunghoon tau perasaan apa yang ada Di hatinya.

Sayang.

Sunghoon sayangkan Jiyoon.

Sungguh dia sayangkan Jiyoon sehingga ingin melindunginya sampai titik terakhir.Sunghoon lah satu satunya yang bersusah payah untuk menyelamatkan nyawa gadis ini meskipun Lelaki itu terluka.Inilah Yang dinamakan Lelaki sejati.Bersungguh sungguh melindungi orang yang dicintai tidak kira teman wanita,isteri Dan ibu.Beberapa minit kemudian,Jiyoon akhirnya meleraikan pelukan.Sunghoon menatap wajah Jiyoon.Air mata yang sedikit keluar itu dihapuskan.Sunghoon senyum,begitu juga dengan Jiyoon.

"Terima kasih sunghoon"

"Awak hebat"

Sunghoon tersengih.Lelaki itu membalasnya.Tiba masanya Sunghoon Ingin meluahkan perasaan.Dia ingin berterus terang kerana mungkin saat nanti mereka tidak akan berjumpa lagi.Biarlah jika Jiyoon tidak menerimanya,asalkan Sunghoon sudahpun meluncurkan ayat tersebut dari mulutnya sendiri.

"Jiyoon,ada benda aku nak cakap dekat kau"

Jiyoon mengangkat keningnya.

"Apa dia?"

Sunghoon cuba untuk menenangkan diri dahulu.Dia tidak mahu gementar.Lelaki itu menatap wajah Jiyoon lagi.Lelaki itu senyum.

"Kau tau kan,selama kau kat sini tugas aku asyik asyik nak selamatkan kau je"

Jiyoon mengangguk.

"Sebelum ni belum pernah lagi aku macam ni"

"Kau lah orang pertama sekali"

"Yang aku lindung"

"Selain daripada keluarga aku sendiri"

"Kau nak tau kenapa aku buat kau macam ni?"

Jiyoon hanya menunggu jawapan daripada Sunghoon.Sunghoon memejamkan matanya lalu menghembuskan nafas perlahan lahan.

"Sebab aku sayang kau"

Jiyoon membulatkan matanya.

"Aku..sayang kau Jiyoon"

"Aku tau aku gila,suka dekat perempuan yang masih lagi sekolah tapi memang betul aku sayang sangat dekat kau"

NOT FOR SALE - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now