Ep 6

247 16 23
                                    

-Hari ke 4-

Jiyoon ternganga.Gadis itu melihat sahaja Sunghoon menghirup ramyeon carbonara bersama sosej menjadi lauknya.Di tepinya,terdapat air coca cola yang makin membuatkan Jiyoon terliur.Selama 4 hari gadis itu berada di sini,mereka sama sekali tidak pernah memberinya makan.Gadis itu selama 4 hari juga menahan rasa laparnya,tetapi selepas sahaja memerhatikan Sunghoon makan membuatkan Jiyoon gila.Dia mahu makan!Dia lapar!Sunghoon menghirup lagi ramyeon tersebut dan terus menggigit sosejnya.Sunghoon menikmati makanannya.Sesekali Sunghoon melirik ke arah Jiyoon.Gadis itu dari tadi melihat sahaja dia membuatkan Sunghoon terpinga pinga.Gadis itu dipanggil.

"Oi,apa tengok tengok?"

Jiyoon baru tersedar.Matanya dikebil beberapa kali sambil menggeleng kepalanya.Air liur ditelan melihat ramyeon Sunghoon.Jiyoon senyum kekok.

"Encik..."

Wajah sedih dipasang.Jiyoon melihat perutnya lalu melihat Sunghoon kembali.Bibir dimuncungkan.

"Boleh tak...saya rasa sikit ramyeon tu?Saya dah 4 hari tak makan,perut ni tak berhenti berhenti bunyi.Boleh?"

Jiyoon memasang wajah manjanya supaya Sunghoon memberi kasihan.Tetapi,semuanya hanya sia sia.Sunghoon hanya menjelirkan lidah dan sambung memakan ramyeonnya hingga habis.Jiyoon memasang wajah jengkel.Kedekut betul!Usai Sunghoon menghabiskan makanannya,dia terus sahaja membuang semua sampah ke dalam tong sampah.Sunghoon duduk lalu bermain dengan telefonnya.Manakala Jiyoon,bertahan untuk tidak merasa lapar.Padahal dia sudah sangat lapar.Gila,tidak dikasi makan bahkan tidak makan selama 4 hari.Kau rasa?Perut gadis itu pula tidak henti henti berbunyi.Sunghoon dari jauh pun boleh dengar tetapi lelaki itu tidak peduli.Sesekali Jiyoon bergumam.

"Lapar..."

"Sakitnya..."

Jiyoon kena gastrik.Jikalau gadis itu tidak dikasi makan,gadis itu boleh pingsan tidak pun muntah.Air mata perlahan lahan mengalir.Jiyoon menundukkan kepalanya,tidak mahu Sunghoon melihat kalau dia sedang menangis kelaparan.Tengah seronok lelaki itu bermain game,tiba tiba bunyi esakan terdengar.Sunghoon menghentikan gamenya lalu meletakkan telefon di atas meja.Kening dikerut.Sunghoon melihat sekeliling.Siapa yang menangis tu?

"Siapa yang.."

Sunghoon akhirnya menoleh ke arah Jiyoon yang masih menundukkan kepalanya.Dari jauh bisa dia melihat yang bahu Jiyoon terhinjut hinjut sedikit.Kedua dua kening diangkat.Dia menangis?Sunghoon berdiri lalu mendekati Jiyoon.Dan barulah Sunghoon tau.Memang betul,Jiyoon menangis.Menangis sebab lapar.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.Kaki gadis itu
ditendang lembut.Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.Jiyoon tersentak lalu cuba untuk tidak mendengarkan esakannya.Tetapi Sunghoon masih menendang nendang kaki gadis itu.Ditendang lagi dan lagi.Jiyoon sudah mula rasa rimas.Gadis itu mengangkat kepalanya biarpun air matanya masih mengalir.

"Tak payah kacau orang la-"

Jiyoon hilang kata kata di saat Sunghoon mengusap air matanya menggunakan ibu jari.Jiyoon membulatkan matanya.Sunghoon yang sudah membongkokkan badannya itu menghela nafas.

"Tak kena bagi makan,menangis pula"

Air mata gadis itu dihapuskan sehingga habis.Jiyoon mendengus kasar.

"Siapa je tak nangis?Dah lah saya takde makan selama 4 hari.Lapar tau...encik pun tak bagi saya makan.."

Sunghoon agak terasa jengkel dengan jawapan gadis itu.

NOT FOR SALE - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now