Ep 10

224 16 20
                                    

-Flashback-

Berkerut dahi Jiyoon dibuatnya di saat mendengar suara Sunghoon.Mata dibuka perlahan lahan.Sunghoon tidak henti henti menggeleng ke kanan dan ke kiri lalu mengulangi perkataan yang sama.

"Jangan"

"Tolong"

"Jangan"

Sepertinya,lelaki itu mimpi sesuatu yang buruk.Wajah Sunghoon sudah pun berpeluh habis bersama keningnya yang mengerut.

"Sunghoon?"

"Jangan"

"Jangan...!"

Sunghoon bergerak agak agresif membuatkan Jiyoon panik.Mimpi apalah yang lelaki itu sedang mimpikan.Jiyoon cuba tenangkan lelaki itu.

"Sunghoon tenang Sunghoon"

"Tolong!"

"Jangan!"

"Jangan!"

Walaupun kedua dua tangan diikat ketat,Jiyoon mencuba untuk tenangkan Sunghoon dengan cara menepuk nepuk bahunya.Dada lelaki itu walaupun tidak berbaju,Jiyoon tetap mengusapnya dengan lembut lalu menepuk nepuk sekali lagi.Sunghoon tiba tiba sahaja membuka mata.Jiyoon tersentak.Ekor mata lelaki itu melihat Jiyoon.Lihat sahaja Sunghoon sedang menatapnya,terus sahaja Jiyoon menjauhkan tangannya daripada dada Sunghoon.Tetapi yang buat terkejutnya,lelaki itu menahan tangan gadis tersebut.Jiyoon terkaku.Mereka bertatapan antara satu sama lain seketika.Tiada angin tiada ribut,Sunghoon menaikkan senyumnya.Tangannya perlahan lahan naik untuk mengusap pipi Jiyoon.Gadis itu mula rasa gelisah kembali.Tubuhnya diundurkan sedikit.Pergerakan Sunghoon terhenti.Lelaki itu ternganga sedikit.Bibir mungil Jiyoon ditatap tanpa berkelip.Jiyoon juga terdiam.Tanpa disedari,Sunghoon mula bangun dan ingin mengucup bibir Jiyoon.Lihat sahaja wajah Sunghoon tiba tiba mendekat,Jiyoon membulatkan matanya.Wajahnya ditekup menggunakan kedua dua tangannya yang sudahpun diikat.Akhirnya,Sunghoon tidak mengucup bibir Jiyoon malah mencium tapak tangan gadis itu.Senyuman kembali mengembang.Sunghoon baring di peha gadis itu semula lalu menutup matanya.Jiyoon mengintai sedikit Sunghoon di sebalik tangannya.Lelaki itu sudahpun memejamkan mata.Jiyoon bisa menghembus nafas lega.Sesekali Jiyoon tertanya,apakah perbuatan lelaki tadi itu dia tidak sedar?Jiyoon akhirnya mendiamkan diri sekali lagi.

'Inilah sebab kalau minum arak'

-End Flashback-

Jiyoon bermain dengan jari jarinya.

"Awak...ingat?"

Sunghoon tidak bisa menjawab.Jadi selama dia mabuk semalam,lelaki itu sudahpun menyentuh Jiyoon?Bahkan baring dipehanya dan juga hampir menciumnya?Sunghoon menundukkan kepalanya di bawah.Rasa serba salah telahpun membuak buak di dalam dirinya.Dia sudah berkata pada dirinya bahawa tidak akan sama sekali menyentuh gadis itu sembarangan.Tetapi,dia buat begitu kerana tidak mahu Jiyoon dibuat seperti gadis murahan kepada abang abangnya.Jiyoon masih lagi bersekolah dan masih jauh perjalanannya.Jika sekarang hidupnya sudahpun rosak,sampai bila bilalah gadis itu tidak akan tenang.Sunghoon sungguh marah pada dirinya sendiri.Keluhan berat dilepaskan.

"Aku minta maaf"

Jiyoon mengangkat keningnya.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.

NOT FOR SALE - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now