Part 22

2.1K 249 54
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." Hazree tersenyum.

"Waalaikumussalam. Abang sihat ke?" Kedengaran suara Alif di hujung talian.

"Sihat alhamdulillah. Alif sihat tak? Dah makan ke belum?"

"Sihat! Dah! Alif dah makan. Mama masak salted egg buttermilk chiken tauu. Sedap. Abang dah makan ke?" Bersungguh sungguh dia menyoal.

"Uii sedapnyaa. Bagitau mama, nanti abang pergi sana kena masak salted egg buttermilk chicken jugak! Abang dah makan dah tadi. Kari ayam." Hazree menelan liur saat terbayang salted buttermilk chiken yang dimasak oleh mamanya.

"Hehehe okayy nanti abang datang tau. Alif rindu nak jalan jalan dengan abang."

"Abang pun. Nanti kalau abang balik, Abang belanja abc dengan lokching. Bereh?"

"Bereh boh!" Dia laju menyahut. Hazree tergelak kecil.

Mereka bersembang hampir 20 minit sebelum Hazree menyambung perbualan dengan mamanya.

Skrin telefon dipandang olehnya sebaik sahaja talian diputuskan.

"Rindu. Rindu kat mama. Rindu dengan telatah Alif", senyum kecil tersunggil di sudut bibir.

"Haii senyum sorang sorang teruna ni. Ada apa ya?" Nek Imah yang muncul di sebalik pintu dapur dengan raga berisi kangkung tersenyum senyum memandang cucu terunanya. Hazree hanya menunduk.

"Mama." Sepatah perkataan sebelum dia mendongak memandang neneknya.

Mata Nek Imah bersinar kegembiraan.

"Mama telefon ke? Dia sihat? Apa khabar?" Laju dia menyoal. Secepat kilat punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi di sebelah Hazree.

"Sihat je semua nek. Haa Haz lupa nak bagi tau. Haz ada adik." Hazree tersenyum sumbing.

"Awat? Mama nikah lain ke?" Nek Imah terlihat sedikit hampa.

"Takla nek. Adik Haz la. Adik betul betul."

"Laaaa." Nek Imah mengurut bahu cucunya. Jelas dia sedang gembira.

"Bagitau la mama tu. Datang la sini. Nenek nak jumpa cucu nenek."

"Nanti Haz bagitau." Hazree mengangguk laju.

"Borak apa tu?" Suara Hazeeq yang menyapa menyebabkan kedua dua mereka tersentak.

"Tak de la." Hazree menggeleng laju.

"Eh Haz.. petang ni kau pergi cerut rumput ek." Hazeeq menepuk bahu adiknya.

Hazree sekadar membalas dengan anggukan.

"Haa.. nenek baru teringat. Zeeq pergi kedai sekejap, boleh? Nenek nak kirim asam jawa. Nak buat kuah ikan percik." Nek Imah menghulurkan sekeping not bernilai sepuluh ringgit kepada Hazeeq.

"Takpa nek. Nenek simpan lah. Zeeq pakai duit Zeeq." Hazeeq menolak lembut.

"Elok elok bawak motor tu." Nek Imah tersenyum.

"Okay." Hazeeq bergerak ke ruang tamu.

Hati tuanya sedikit tersentuh. Selama cucu-cucu nya ada, tak pernah sekali pun mereka menyusahkan dia. Malahan, rasa seolah olah dirinya pula yang menyusahkan Hazeeq dan Hazree.

"Ni pulak Haz punya tugas.. Tolong bakarkan kejap." Nek Imah menyuakan sebuah besen berisi empat ekor ikan keli dan alatan untuk membakar ikan.

"Arang kat mana nek?" Hazree menyambut huluran neneknya dan bertanya.

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now