Part 24

1K 145 18
                                    


HARI SABTU, pagi yang indah. Seawal jam 5 pagi aku mandi. Benda yang jarang berlaku dalam hidup aku.

Semuanya sebab nak pergi pantai. Heh.

Suasana di rumah masih lagi senyap sunyi. Wan belum bangun, ke?

Perlahan lahan aku mengatur langkah ke arah bilik Wan.

"Wan.." aku mengetuk pintu bilik Wan.

Senyap tanpa balasan.

"Wan?" Aku menguatkan suara. 

"Yaaa.. yaaa." Selang beberapa saat suara Wan menyahut kedengaran.

"Wan dah bangun?" Aku menyoal. Ingin memastikan.

"Dah.." Wan menjawab seraya membuka pintu biliknya.

"Awal?" Jelas Wan kelihatan hairan dengan aku yang telah mandi.

Pada.

Pukul.

Lima.

Pagi.

Di.

Hari.

Sabtu.

"Yelaaa. Kan nak pergi pantai harini?" Aku tersengih sengih seperti kerang busuk sambil mengekor Wan ke dapur.

Aku memerhatikan Wan yang sibuk mengeluarkan ayam beku dari dalam peti bagi menyahbekukan dahulu ayam tersebut sebelum digunakan.

"Tauu. Tapi tak pernah pernah nya Wan tengok kamu mandi masa ni. Excited benor?"

Aku menggaru kepala dan membetulkan kedudukan tuala yang terletak elok di bahu.

Tau.

'Eddy pun hairan dengan diri sendiri, Wan,' sempat terdetik dihati aku. 

"Tak apa lah. Wan nak mandi dulu." Wan berjalan masuk ke dalam biliknya semula. Untuk mengambil tuala, mungkin?

Aku mengintai sedikit sebelum bergerak ke bilik

Telefon pintar di atas katil aku capai. Notifikasi dari aplikasi Whatsapp sudah penuh dengan ucapan sempena hari lahir aku.

Namun sebenarnya jauh di sudut hati, cuma dua notifikasi yang aku tunggu tunggukan.

Dan notifikasi yang aku harapkan, tiada sama sekali.

Nafas aku hela perlahan.

Sejujurnya, aku sedikit kecewa. Tapi, ya.. ini lah realiti hidup.

Aku tak penting.

Aku bukan sesiapa.

Aku cuma beban.

Sebab tu aku di buang ke rumah Wan.

Sebab aku beban.

Sebab aku cuma menyusahkan diorang.

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now