Bab 28

541 53 7
                                    

"SPM dah nak dekat. Jadi, cikgu harap kamu study bab ni betul-betul tau. Sebab banyak soalan ramalan yang panel keluarkan berkait dengan bab ni."

Suara Cikgu Naaimah memecahkan keheningan pagi.  

'Hai laa pagi-pagi lagi dah waktu biologi.' Adliena mencebik.

Rakan semejanya di sebelah yang sedang tekun menumpukan perhatian kepada cikgu dipandangnya.

'Aduhh indahnya ciptaan Allah' Adliena memuji di dalam hati.

Tiba-tiba terasa ada tangan yang memusingkan kepalanya supaya menghadap ke depan.

"Sayang.. saya tau saya handsome. Balik nanti awak tenung lah puas-puas eh? Saya hak awak seorang aja. Tengok depan tu dulu haa."

Adliena mencebik. Riak betul. Baru puji sikit.

"Rasa nak minum air kelapa, lah."

"Tau lah duk teringat kat air kelapa yang... Aduh!" Belum sempat Hazree menghabiskan ayat, lengannya dicubit kuat oleh Adliena.

"Haa tu makan dia." Adliena mengetap gigi.

"Betul, kan? Sedap aje ambil air orang. Tak pandang kiri kanan." Hazree mengejek lagi.

Memandangkan memang salahnya, Adliena cuma mampu menguncikan mulut. Sebal!

"Eh.. kita nak exam lagi berapa bulan, eh?" Hazree tiba-tiba menyoal setelah hampir 10 minit mereka fokus kepada latih tubi yang diberikan oleh guru Biologi mereka, Cikgu Naaimah.

"Em.. lagi 5 bulan. Kejap je rasa eh.. dah dekat setengah tahun kau kat sini." Adliena menjawab perlahan.

Hazree mengangguk tanpa bunyi.

Betul. Sudah hampir 6 bulan dia bersekolah di sini.

"Macam mana ya, aku nak survive nanti." Hazree menggumam perlahan. Cukup untuk didengari oleh dirinya sahaja.

"Haz...." suara insan yang ada di sebelahnya kedengaran.

Perlahan, Hazree berpaling ke sebelah. Atau secara tepatnya lagi, ke arah Adliena.

"Tengok?" buku latihan kimia miliknya disuakan.

Hazree menghela nafas perlahan.

"Tiru je keja."

"Mana ada tiru. Rujukan, okay?" laju sahaja mulut comel itu membidas.

Hazree hanya mampu tersenyum nipis. Terasa ingin membalas, tapi tak berdaya nak buka mulut.

"Rujuk lah Eddy oi.. Rujuk sebanyak mana nak rujuk."  Hazree menggumam perlahan. Entah kenapa, bila bersama Adliena, dia lebih gemar menjadi pasif dan menuruti keinginan gadis itu.

Hazree mengeluh berat. Parah bila dah tersuka tanpa sengaja!

"Petang ni buat apa?" Hazree bersuara memecahkan suasanan sunyi antara mereka.

Adliena yang sedang kusyuk melakukan 'rujukan' kerja sekolah kimia itu dipandang.

"Tido je bang."

Hazree tersenyum simpul. Bang? Aduhh!

"Kau sengih sengih camtu dah kenapa? Dah macam orang angau." Adliena mencebir.

Kedua dua nya kembali mendiamkan diri.

"Memang angau pun." perlahan Hazree menggumam.

"Hah?" Adliena memandang Hazree. Kurang jelas akan percakapan lelaki itu yang seolah olah sedang berbisik.

"Tak... aku cakap, tadi ada langau."

*********

"ASSALAMUALAIKUM ACHIK.. haa yee khabar baik."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now