Bab 1

14.3K 652 103
                                    

"MUHAMMAD Hazree Afeeq!" Satu tengkingan menyebabkan langkahnya terhenti. Tangan yang ingin membuka pintu terus terjeda.

"Nak pergi mana?"

"Sejak bila kesah?" Hazree membalas pandangan papanya.

"Jangan nak biadab! Siapa ajar Haz biadab camni?" Dato' Razef mula hilang sabar.

"Jangan tanya Haz. First, papa tanya diri papa tu dulu, ada ke papa ajar Haz untuk jaga adab? Adab Haz yang takde tu, bukan sebab hilang. Bukan jugak sebab kurang. Tapi sebab papa langsung tak ajar Haz!" Hazree tersenyum sinis.

"Hazree! Jangan nak salahkan papa pulak. Cuba Haz ikut perangai Zeeq. Cuba,..."

"Haa! Zeeq lagi! Sikit-sikit Zeeq, sikit-sikit Zeeq. Dahlah pa,malaslah nak dengar. Anyway, sebelum papa nasihatkan Haz, ape cerita tanggungjawab papa dengan nenek?" Soalan tersebut menyebabkan Dato' Razef terdiam.

"Nenek tau papa kerja. Dia tau papa nak cari nafkah. Papa nak kumpul harta untuk,..."

"Pa..." Sekali lagi, kata kata Dato' Razef terhenti akibat panggilan Hazree. Lembut sekali cara panggilannya.

"Takde harta yang paling berharga dalam hidup ni, selain ibu bapa. Haz bukan nak tunjuk pandai ke apa. Cuma,.... Balik lah, pa... Dah berapa lama papa tak balik kampung? Tak jenguk nenek? Tak tanya khabar nenek?" Lembut dia menasihati Dato' Razef.

"Haz rasa dah besar sangat ke? Nak ajar papa?" Dato' Razef merengus kasar.

"Pa... Haz tak nak kurang ajar. Tapi, .... Dahlah, pa... Haz malas dah nak fikir pasal ni. Haz nak balik Pendang." putus Hazree.

"Pendang? Macam ni? Balik buat ape?" Dato' Razef terkejut. Dia memandang Hazree atas bawah. Hoodie hitam berjenama Adidas dan jeans hitam. Di bahu kanannya pula terdapat beg galas berjenama FILA. Manakala di tangan kirinya terdapat sebuah helmet Shoei J- Force II yang berwarna hitam dan bervisior biru.

"Kalau papa tak nak jaga nenek, biar Haz yang jaga nenek." Hazree menundukkan mukanya.

"Habis tu, sekolah?" Soalan tersebut terbiar sepi.

"Nak balik sana ngan ape? Motor?" Soal papanya. Hazree cuma diam.

"Papa tak bagi!" Dato' Razef bersuara keras. Dengan penuh bersahaja, Hazree mengangkat muka dan membalas pandangan papanya. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Kalau nak balik jugak, ambik Audi." Dato' Razef akhirnya mengalah. Dia tahu, dengan Hazree kemenangan adalah mustahil baginya. Ini Hazree, bukan Hazeeq.

"Tak payah lah. Haz ngan motor aje." Hazree menggeleng perlahan.

"Haz nak cakap yang Haz tak perlukan harta papa? Macam tu?" Sinis Dato'Razef bertanya apabila Hazree tidak mahu menggunakan Audi A6 yang dihadiahkannya kepada remaja itu sempena hari lahir Hazree beberapa bulan yang lepas.

"Bukan camtu, pa... I'm just..."

"Okey, fine! Papa cabar Hazree untuk hidup tanpa harta papa. Motor dan Audi tu, Haz ambik. Papa bagi. Baju baju semua pun, papa halalkan. Elaun Haz tiap tiap bulan pun, papa tarik." Dato' Razef memandang Hazree tajam.

Hazree menarik nafas panjang.

"Okey. Haz terima." Hazree mengangguk laju. Kalau itulah pertaruhan yang boleh membuatkan papanya pulang ke rumah nenek di Pendang, dia sanggup! Lagipun, elaun sebanyak RM6500 sebulan yang diberikan oleh papanya cuma digunakan sebanyak RM500 setiap bulan. Itupun, untuk perkara yang penting. Kali ni, dia nekad. Lagipun, memang niatnya untuk tinggal di Pendang terus. Kerana itulah, dia telah memohon pertukaran sekolah di pejabat pelajaran daerah tanpa pengetahuan papanya.

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now