Part 21

1.8K 224 23
                                    


AKU membelek belek skrin telefon. Mencari cari movie untuk ditonton di dalam netflix.

"Boring ah."

Telefon aku campakkan ke tepi sebelum tubuh aku baringkan di atas katil.

Hampir lima minit, tangan kembali mencapai telefon.

Ting! Satu notifikasi whatsapp masuk.

HazBajet🌼
-uiiii

Aku diam seketika. Rasa malas menguasai diri. Aku tukar nama contact. Entahla. Haritu mamat perasan hot, emoji monyet. Tapi rasa nak tukar, so aku tukar.

Biarlah dia. Aku langsung takde rasa nak reply. Entahla. Malas.

Gatal aje tangan ni nak ambik fon balik.

Haih macam tu la perangai. Bila buka, tak jumpa movie best. Bila tutup, rasa nak buka balik.

Aku still tak jumpa movie yang best best. Iqiyi la pulak. Netflix takda yang menarik minat aku.

Sedang asyik meng-scroll skrin, aku aku terpancing dengan satu drama Korea.

'More Than Friends'

Hmm berdasarkan gambar cover dia tu... nampak menarik aje. Cerita  genre romance ke? Takpelah kita try tengok.

Sedang asyik aku fokus dengan permulaan cerita, tiba tiba pintu bilik dibuka dari luar.

"Hai Eddy! Ajarkan Ila boleh?" Ila menyerbu masuk dengan beberapa buah buku yang di junjung di atas kepalanya.

"Homework apa?"

"BM, Sains." Dia meniarap di sebelah aku sejurus sahaja meletakkan buku di atas katil.

Aku mencapai buku teks miliknya.

Sains Tahun 1

"Mana kerja yang nak dibuat nya?" Kening aku sedikit terangkat.

Jari munggil miliknya membuka lembaran buku aktiviti dan menunjukkan beberapa soalan bergambar. Geram aku nak gigit jari dia. Gemok gemok.

Kalau buku Fizik, Kimia, Bio ngan Addmath ada gambar kartun kartun camni kan, best? Tak ada lah aku boring sangat belajar. Dah lah buku teks tebalnya ya ampun tak terucap dek kata kata.

"Buka buku teks. Cuba tengok ada tak jawapan."

Aku suakan buku teks kepadanya. Dia membelek belek buku teks.

Bab 5 : Haiwan

Auto tersengih aku dibuatnya apabila terlihat gambar monyet di di bahagian 'kandungan' buku teks.

Hampir sejam mengajar Ila, akhirnya siap jugak. Banyak tanya dia ni. Penat aku nak melayan.

"Eddy, kenapa monyet ni ekor panjang? Kenapa beruk tu ekor pendek?"

"Eddy.. kenapa air takda warna?"

"Eddy! Kenapa suara Ila bunyi macam ni? Kenapa suara Eddy bunyi macam tu? Kenapa tak sama?"

"Eddy terung tu buah ke sayur?"

"Eddy siapa yang cipta bahasa yang kita guna ni?"

Dan banyak lagi "Eddy kenapa..." .

Sabar je lah. Anak pintar banyak bertanya bak kata iklan susu budak.

"Dah siap. Thank you Eddy." Dia mengutip pensil pensil miliknya yang berteraburan di atas katil.

"Kutip semua. Terutama sekali pencil lead tu. Sakit belakang aku tercucuk benda tu haritu." Aku melirik ke arah bekas pencil lead 0.5 yang ada di atas bukunya.

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now