Bab 6

4.6K 383 31
                                    

AKU MERENGUS perlahan. Baru ingat yang hari ni hari khamis.

"Do, kau siap tak kerja Fizik?" Hazree memandang aku. Nak copy lah, tu!

"Sorry lah. Aku tak siap lagi. Buku pun tertinggal. Aku silap tengok jadual." Perlahan aku membalas. Takde mood, weh!

Melihat yang lain lain mula bergerak ke makmal Fizik, aku turut bangun dari kerusi.

×××××××××××

"Adliena, sila jawab soalan nombor 8. " Suara tegas cikgu Faridah Shah Rukh Khan kedengaran. Peminat nombor 1 Shah Rukh Khan!

"Tak siap, cikgu." Aku membalas sambil menunduk.

"Tak siap? Where is your book? " Soalnya lagi.

"Tak bawak. Tertinggal."

"What? Get out from my class! Suka hati awak nak pergi merayau kat mana pun. Kalau jumpa cikgu disiplin, pandai pandai awak jawab!" Tegas suaranya.

Aku bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari makmal fizik.

Mane lagi? Kita pi padang, lah!

Selepas 3 minit aku melepak atas tangga tepi padang, terasa seseorang duduk di sebelah kanan aku.

"Tak siap kerja?" Aku menyoal tanpa memandangnya.

"Siap."

"Tak bawak buku?"

"Bawak."

"Kurang ajar ngan cikgu?"

"Aku budak baik. Innocent lagi. Handsome pulak tu. Dah lah kiut miut. Comelzz"

Spontan, aku memandang dia di sebelah.

"Menyampah betul aku!" Aku tersenyum sinis dan tergelak kecil.

Hazree tersengih.

"Berjaya jugak aku buat kau happy hari ni." Dia cuit pipi aku menggunakan kemuncup yang ada di tangannya. Aku menepis perlahan.

"Ingat sweet?" Aku bertanya tanpa riak.

"Chill lah sayang. Bie gurau jer!" Dia kembali mencuit pipi aku menggunakan kemuncup tadi. Aku buat tak layan aje.

"Dah, asal kau duduk luar ni?" Kening aku terangkat.

"Nak teman kau. Aku bagi buku aku kat Fahmi. Dia tak bawak buku. So, boleh aku duduk luar ngan kau." Dia tersenyum.

Aku cuma mampu menggeleng perlahan. Serious, mamat ni gila!

"Aku lapar. " Diam.

"Weh, aku lapar." Hazree mencuit bahu aku.

"Perut kau. Ape aku kesah?" sinis aku bertanya.

"Sampai hati. " Dia mencebik.

"Kau pahal, weh?" Dahiku berkerut.

"Laparrrrr!!!!! " Dia merengek. Dah macam budak umur 2 tahun nak susu!

"Pergi makan." arahku sambil lewa.

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now