Part 20

2K 245 26
                                    


HAZREE's POV

AKU termenung di tangga rumah. Telefon yang bergetar menandakan ada notifikasi baru, aku pandang sekilas. Tak penting.

Pandangan aku kembali ke tempat asal - memandang kasut kanvas hitam yang sudah sedia dipakai.

Lamanya Jeff ni.

Hampir 15 minit, barulah kelibat Jeff kelihatan.

Aku bingkas bangun apabila hon dibunyikan.

"Awat hang lambat?" Aku memandangnya pelik.

"Aku sakit perut laa. Meragam. Tu pasal lewat." Dia tersengih sambil menggaru kepala. Aku spontan tersenyum kecil.

"Haa hang nak pi mana satgi?"

"Takdak lah. Aku... Nak pi kedai buku. Cari barang sikit." Aku membuka zip sling bag dan mengambil telefon pintar di dalamnya.

"Ooo.. okay okay."

"Aku drop hang kat sini. Satgi kalau dah siap, hang call laa. Aku ambik." Dia menarik handbrek.

"Kau nak pergi mana?"

"Nak servis kereta. Lepastu, cari barang yang mak aku kirim ."

"Kalau camtu.. nanti kau send je la location. Aku boleh jalan."

"Biar betul." Dia mengerutkan muka.

"Ye laa. Takpa. Jarang jarang aku nak exercise."

"Haa sukati kau la." Dia cuma mengangguk.

Aku membuka pintu dan keluar dari kereta. Sempat aku mengangkat tangan kepada Jeff sebelum melangkah ke kedai buku berhampiran.

Seorang cashier perempuan yang ada di kaunter kelihatan terdiam seketika waktu terpandang aku. Aku tersenyum nipis sebelum senyuman aku dibalas.

Rasa janggal bila orang tengok kita sampai tak berkelip. 

Aku berjalan ke rak rak yang ada. Mata memerhati satu persatu buku yang tersusun.

'Tak banyak pilihan.' terdetik di dalam hati.

Namun sebuah buku berjaya menarik perhatian aku.

"Ikhlas Paling Serius."

Emm menarik. Pantas aku beralih ke bahagian pen dan pensil.

Ok... ballpen kat sini lagi murah berbanding coop sekolah. Aku mencapai beberapa batang pen hitam dan biru serta tiga batang pensil faber castell.

Langkah diatur pula ke bahagian kertas. Seplastik kertas kajang aku capai.

A4, 70's, 70gsm.

Tak nipis sangat, tak tebal sangat.

Sebuah buku lukisan bersaiz A4 turut aku capai. Dah lama tak asah tangan.

Selama tinggal kat sini, aku tinggal terus minat aku yang satu ni.

Bila dah tak ada apa apa lagi nak dicari, aku pantas bergerak ke kaunter pembayaran.

"Awak memang asal sini eh?" Cashier perempuan di hadapan bertanya sambil menghulurkan baki.

"Selangor. Baru pindah sini." Aku tersenyum.

Dia mengangguk.

"Terkejut tadi. Ingatkan sedara akak."

"Sape kak?" Aku mengerutkan kening.

"Sedara akak, nak sama la dengan muka awak. Tapi lain la sikit. Awak lagi handsome" Akak cashier tergelak kecil.

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now