Bab 2

7K 529 30
                                    


AKU DUDUK di kerusi dengan malas. Rasa mengantuk menerpa. Menyesal pulak aku tidur kul 5 pagi. Huwargh! Ngantuk nyaaa!

Selang beberapa ketika, bunyi bising member sekelas aku yang lain menyebabkan aku terjaga.

Cikgu dah datang, ke?

Pantas, aku menenyeh mata berkali kali. Cikgu Arfah masuk ke dalam kelas dan kami semua bangun. Termasuklah aku.

Kalau cikgu lain, aku tak kesah sangat. Tapi, cikgu Arfah ni memang cikgu yang paling aku respect dan sayang.

Waktu cikgu Arfah sedang mengajar subjek Matematik tambahan, tiba tiba guru penyelaras tingkatan 5, cikgu Norsilawati mengetuk pintu.

"Assalamualaikum. Arfah, ada new student ni." Cikgu Norsilawati menghadiahkan senyuman manis kepada seisi kelas.

"Ouh. Okey, silakan." Cikgu Arfah mengangguk laju.

Sebaik sahaja pelajar tersebut melangkah masuk ke dalam kelas, semua murid perempuan melopong. Aku?

No way!

Tapi. Diakui yang mamat tu handsome jugaklah.

"Please, introduce yourself. I'm sure semua pelajar lain nak tau lebih lanjut pasal awak. Right, class?" Cikgu Arfah bertanya.

Dan itu sudah cukup untuk membuatkan para 'hakak' dalam kelas ni naik histeria.

"Betul cikgu!" Gedikness overloaded!

"So, can you?" Cikgu Arfah memandang pelajar baru tadi.

"Sure." Pelajar lelaki tersebut mengangguk. Tiada senyuman walau segaris di wajahnya.

"Nama aku Muhammad Hazree Afeeq bin Razef. Boleh panggil apa apa yang korang suka." Senafas dia berkata.

Wow! Mula mula kenalkan diri dah bahasa diri dengan panggilan 'AKU'? Intresting!

"Awak dari mana?" Cikgu Arfah bertanya lagi.

"Shah Alam, Selangor." Hazree membalas sambil matanya meliar memandang seisi kelas. Dan, mata dia melekat kat aku!

"Okey. Nice, Afeeq. So, mana awak nak duduk, ya?" Mata cikgu Arfah meliar dan....

Dia memandang tepat ke arah aku.

OH NO!!!!

"Awak boleh duduk sebelah Adliena." Cikgu Arfah membuat keputusan. Aku cuma diam.

Pelajar tersebut melangkah ke arah aku dan duduk di sebelah aku.

I mean, kerusi sebelah aku. Sebab susunan meja dalam class ni, satu tempat dua meja. Aku duduk tepi tingkap dan berada di belakang sekali. Dekat dengan pintu belakang kelas. Senang aku nak 'fly' bila rasa nak ponteng.

Lagipun, aku tak minat duduk depan.

Bila cikgu bagi soalan latihan, aku selesaikan soalan tanpa bunyi.

"Sorry, guys. Cikgu ada meeting ni. Ada ape ape, awak lapor kepada guru bertugas. Okey?" Cikgu Arfah mencapai tas tangannya yang ada di atas meja guru.

Semua pelajar mengangguk.

Bila aku sangkut dan tak dapat jawab satu soalan ni....

"Weh, kau reti tak buat soalan 'kongkang', ni?" Aku cuba bertanya kepada orang sebelah. Dan....

"Kongkang?" Keningnya terangkat.

"Ha'ah. Soalan yang macam cilake ni." Aku mengangguk.

"Ouh. Kau silap guna formula, ni." Satu persatu soalan dia ajarkan. Dan ajaib! Aku faham ape yang dia ajar!

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now