Bab 27

786 134 16
                                    

AKU tersentak apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbit kepunyaanku yang terletak elok di atas meja belajar.

Telekung aku lipat dan letakkan ke hujung katil.

"Hello?"

Suaranya menjengah sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Hello." Aku menyahut. Agak kekok setelah apa yang terjadi semalam.

"Jom? Keluar kejap?" Dia bersuara dengan nada seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Pergi mana?" Aku sedikit hairan.

Tiba-tiba je?

"Alaa jomla." Dia beria ria mengajak.

"Yela. Kejap aku siap siap."

"Haa. Aku tunggu kat pangkin eh? Pakai cantik cantik ehh. Nak ajak kau teman aku pergi pekan."

"Ha yela." Aku mengiyakan.

Aku pantas mencapai seluar jeans berwarna hitam yang elok tersangkut di dala almari. T-Shirt putih aku capai. .

Sesudah menukar pakaian, aku mengambil sling bag yang ada di atas meja dan silangkan ke belakang badan. Wallet dan kunci motor turut aku sambar.

Sambil berjalan ke arah ruang tamu, aku sempat menjengahkan kepala ke dalam bilik Wan.

Kelihatan Wan sedang menyandar di kepala katilnya sambil menghadap buku di tangan.

"Wan.. Eddy keluar jap eh.. Haz ajak teman dia pergi pekan."

"Jangan balik lewat." Wan sempat berpesan.

"Haa."

Kasut Vans berwarna hitam di atas rak aku capai dan saukkan ke kaki.

Dari kejauhan terlihat Hazree yang sedang duduk di pangkin dengan motorsikal miliknya ditongkat. Helmet Shoei J-Force 2 berwarna putih dilihat terletak elok di atas tangki.

Aku agak kagum. Banyak helmet? Tak silap aku haritu warna lain? Pattern pun lain. Tapi yela, kan? Anak orang kaya pura-pura miskin.

Tak macam aku. Miskin ori.

"Amboi sweetnya sayang. Matching gitu." Haz tersengih. Aku memandang dia yang kelihatan kemas dengan t-shirt putih dan jeans yang turut berwarna hitam.

Kasut sahaja berlainan warna dari aku. Kasut canvas berwarna dark blue.

Aku cuma menjeling sambil tersenyum.

Tak dinafikan. Handsome.

"Haz.. Asal kau dengan Zeeq tak nampak macam melayu pure eh? " Aku memandangnya hairan.

"Dah memang tak pure. Atok dengan nenek belah mama aku, asal pakistan. Demo kenal tokseh?"

Aku menggeleng perlahan. Tokseh?

Dia tergelak kecil.

"Tokseh tu.. panggilan orang kelantan untuk orang yang... Macam orang pakistan ke, arab ke haa. Macam istilah untuk mat salih la.

Ohhh I see.

Aku mengangguk faham.

"Dah.. jom? Lambat dah ni." Dia tersenyum.

Aku terkesima seketika waktu terpandang akan kesan merah di hujung bibirnya.

Pantas pipinya aku tarik.

"Kenapa.. bibir kau?"

Dia menelan liur.

"Takda apalah. Bergaduh haritu. Sikit ja."

Aku Tunggu Kau, Bongok!Where stories live. Discover now