March - Daffodil

432 60 15
                                    

Saya rasa part ni macam bosan sikit. Maafkan saya huhuhu. Ingat nak update tengah malam sebelum pukul 12 tapi takut tertidur >.<

.

.

.

AKU tunduk menghela nafas. Melihat kad yang berada di tangan, entah kenapa hati ini rasa sakit. Jiwa aku terluka. Rasa bagaikan hendak menangis, tetapi aku tahu tidak ada gunanya.

Siapa yang peduli andai aku menangis air mata darah sekalipun?

No one!

"You should let him go." Suara garau yang tiba-tiba mencelah dari belakang aku abaikan. Toleh pun tidak. Entah dari mana datang dan kemudiannya memberikan arahan kepadaku. Dia apa tahu!

Kepala masih menunduk memandang tar. Mengira batu-batuan yang tak mampu dikira dengan mata kasar. Beribu barangkali. Nafas berat yang berkumpul di pundak, dilepaskan sekali lagi bersama hembusan yang kuat. Entah berapa puluh kali aku mengeluh hari ini, aku sendiri pun tak tahu. Semuanya kerana kad ini!

Dasar kad tak guna!

Tak dapat memaki hamun si dia yang menyerahkan kertas keras empat segi ini kepadaku sebentar tadi, kad yang berwarna warni ini pula menjadi mangsa. Dah lah buruk! Tak ada taste langsung.

Macam kau lah, Nadine. Tak ada taste. Sebab tu lelaki yang kau suka pun guna ayat 'saya suka berkawan dengan awak.' Laugh My Ass Off!

Aku mula mencemuh diriku sendiri. Marahkan diri sendiri yang tak pandai memilih lelaki untuk kuberikan hati.

Sesaat, batu-batuan yang menyapa retina digantikan dengan sepasang kasut hitam yang berkilat. Sangat berkilat sehingga pantulan wajah aku pun aku boleh nampak. Nampak sangat muka aku tengah serabut dan bermuram durja kala ini. Hilang kecantikan aku buat seketika.

"Kau tenung lah sepuluh kali kad tu, tak mungkin nama pengantin perempuan bertukar nama kau."

Terus decitan keluar dari bibir ini. Pedih sekali bicara yang keluar dari suara garau itu. Menambahkan garam di atas luka. Mataku menjeling tajam wajah yang tanpa riak itu. Benci dengan kenyataan yang dihamparkan!

"Awak nak apa?" Aku mendengus. Sudahlah hati tengah sakit, lelaki ini pula seperti mahu menambahkan darjah kesakitan hati aku.

Dia tarik senyum senget. Sangat sinis di mata aku.

"Stating the fact." Dia angkat bahu, lagak bersahaja. Dibawa langkahnya semakin mendekat lalu melabuhkan duduk di sebelah aku. Terasa ruangan antara kami sedikit kecil, aku injak ke tepi sedikit. Membuka kembali jarak. Tak mahu aku duduk rapat-rapat dengan kawan baik kepada penghancur hatiku ini.

"Awak nak ketawa, ketawa je lah. Tak payah ejek-ejek saya." Suaraku bernada kasar. Tak peduli apa kata lelaki ini dengan bicara kerasku. Siapa suruh dia tunjuk muka semasa emosi aku tengah tak stabil! 

"Kau lah. Why did you must fall in love with wrong man, weirdo?" Sedikit mengeluh nadanya namun aku tahu, nada itu sengaja dibuat-buat. Bukannya ikhlas dari hati. Tengok riak wajahnya itu pun aku tahu, dia sedang 'menganjing' aku.

"Dah hati saya suka, takkan saya nak halang. And you!" Jari telunjuk naik ke wajahnya yang bersahaja.

"How many times should I tell you, stop calling me weirdo," bentak aku. Mata memicing tajam melawan panahan anak matanya. Dagu sedikit diangkat, menunjukkan ketegasan walaupun aku tak tahu apa hubungan tegas dengan angkat dagu. Tapi, lantaklah!

"I really don't understand girl. Just now, kau macam nak menangis. Sekarang, kau marah pula. Are you in your period?"

Terus membuntang luas anak mataku. Sungguh, lelaki ini langsung tidak tahu sensitiviti seorang wanita. Mulut tu, ikut suka hati dia saja mahu mengeluarkan apa.

Flower Of The MonthWhere stories live. Discover now