Juga dedication buat kamu yang sentiasa bertanya tentang FOTM
.
.
.
Rose noun
/rəʊz/
[countable] a flower with a sweet smell that grows on a bush with (= sharp points) on its stems
a bunch of red roses a rose bush/garden a climbing/rambling rose
"MOMMY please... Mawar tak nak kahwin dengan dia." Wajah mommy aku pandang dengan mata yang membundar. Sengaja aku kerdip-kerdip meminta belas kasihan daripada permaisuri hatiku itu.
"Why Mawar tak nak kahwin dengan dia? Tell mommy."
Sebab aku benci dia!
Tapi, jawapan itu hanya tertahan di hujung lidah sahaja. Tidak dizahirkan melalui kata-kata. Tak mungkin jawapan itu akan diterima mommy dengan mudahnya. Mesti mommy akan cakap 'jangan benci sangat, nanti suka'.
Aku suka dia? Simpang malaikat 44! Tak mahu dan tak akan mahu!
Otak mula merangka mencari alasan. Bibir bawah aku gigit.
"Mawar nak kahwin dengan orang yang Mawar cinta."
"Then, love him."
Begitu mudah sekali mommy memberi jawapan. Bagaikan cinta itu boleh turun dengan sekelip mata tanpa melibatkan hati yang berdetak dan berdegup seperti yang selalu ditulis oleh novelis-novelis di luar sana. Novel sangat.
"Mommy, please...."
Mommy lepaskan keluhan panjang. Wajah aku diraup dengan kedua-dua belah tangannya.
"I'm sorry, sayang. It's your daddy decision. Daddy dah janji dengan kawan daddy untuk jodohkan kau orang berdua since you were small. One of the reason is to strengthen our family company."
Oh. My. God! Drama sangat. Mesti daddy suka tengok drama. Sebab itu jalan hidup aku pun macam drama. Klise!
Aku tahan anak mata yang hendak dijulingkan.
"Tapi mommy, tak boleh ke orang lain? Tak nak dia."
Ada sebab aku tak mahu dikahwinkan dengan lelaki yang tiba-tiba menjadi tunanganku semasa makan malam beberapa hari lalu.
"Why you tak nak Hud? He is handsome. Baik."
Hampir termuntah aku mendengar perkataan terakhir sekali itu. Kacak itu, aku tak boleh nafikan. Memang dia dalam kategori lelaki yang ada rupa. Maskulin. Tetapi, baik? Jauh panggang daripada api. Mesti mommy dibutakan dengan sikap kepura-puraan lelaki itu. Tak perasan segala jenis setan, bapak setan, anak setan di belakang lelaki yang dipanggil Hud itu.
Mommy mungkin nampak Hud itu baik, tetapi, lelaki itu yang menghancurkan perasaan aku suatu hari yang dulu. Kerana bibirnya yang tak pandai menapis, hati anak mommy ini dilukai dengan dalam. Bagaikan dihiris dan ditikam dengan belati tajam.
"You should see yourself in the mirror before you come and see me."
Ini kata-kata Hud, sewaktu aku melafazkan kata cinta kepadanya, hampir dua tahun lalu. Bicaranya mungkin tidaklah terlalu tajam menikam di telinga orang lain, namun nada yang dia gunakan mendatar tanpa sebarang perasaan, dengan kerlingan matanya yang menghakimiku membuatkan darjah keyakinanku terus menjunam jatuh. Maruah bagaikan berada di tapak kaki ketika itu.
YOU ARE READING
Flower Of The Month
RomanceHimpunan kisah-kisah pendek berlatarbelakangkan bunga yang akan diupdate pada setiap bulan.