poppy noun
(plural poppies)
a wild or garden plant, with a large flower that is usually red, and small black seeds. is obtained from one type of poppy.
"I'M SORRY."
Satu suara tiba-tiba berbunyi di sebelahku. Suara yang sangat aku kenali. Mata aku julingkan ke atas dengan nafas yang sengaja aku hembus kuat dan kasar. Bicaranya tak aku peduli mahupun menolehkan kepala. Suara itu bagaikan desiran angin yang menyakitkan, yang tak perlu aku beri perhatian.
"Nadine."
Masih aku pekakkan telinga. Langsung tidak diangkat kepala yang sedari tadi tunduk memandang buku rujukan di atas meja. Dari hujung mata, dapat aku lihat kerusi kosong yang berada di depanku diduduki satu tubuh yang lain.
"I said I'm sorry."
Kening terangkat. Kepala masih tidak dipanggung.
"What should I do with this piece of shit, dear book?" Aku bergumam sendiri. Buku di depan mata aku tanya bagaikan mampu menjawab.
"Nadine..." serunya lagi. Nada sedikit bengang daripada tadi. Barangkali kerana mendengar gelaran yang aku gunakan untuknya.
Lambat-lambat, aku angkat kepala. Wajah lelaki yang berkerut resah dan penuh dengan serba salah aku pandang kosong. Tak berminat.
"Sekali lagi, aku minta maaf. I am truly sorry." Buat kali ketiga dan keempat, bibirnya mengungkap kata maaf.
"For what?" Tubuh aku peluk. Suara mendatar tanpa nada.
Tarikan nafas yang panjang kedengaran. Seperti begitu susah untuk menuturkan alasan mengapa kata maaf itu diberikan.
"For what, Izran?" Sekali lagi aku ulang. Kali ini, aku keraskan nadaku. Wajah Izran dipandang tak berkerdip. Aku mahu dengar dari bibirnya sendiri, apa kesalahan yang dia buat sehingga dia begitu terdesak meminta maaf.
"Sebab rapat dengan Zahra."
Dengusan sinis aku lepaskan. Kepala geleng beberapa kali mendengar pilihan bahasanya.
"Itu bukan yang aku nak dengar. You know what I mean, Izran. You know what I want to hear."
Wajah Izran semakin dipenuhi dengan rasa bersalah.
"For what, Izran?" Sekali lagi aku ulang pertanyaan itu. Aku mahu dia jujur. Mahu dia mengakui hakikat yang satu itu. Bukannya menggunakan bahasa yang berlapik. Aku mahu dia nyatakan dengan jelas apa kesalahannya.
Terdengar tarikan nafas yang panjang. Teragak-agak dia membuka mulut. Mungkin tahu, selagi dia tidak berterus-terang, selagi itu aku akan mengasaknya.
"For cheating on you."
Aku tarik senyum sinis. Decitan sengaja aku lepaskan beberapa kali. Kepala aku geleng.
"Seronok perbodohkan aku?"
Izran mengeluh. Wajahnya nampak berserabut.
"Aku bukan bodohkan kau."
"Then, what?"
"Aku just... tersalah langkah."
"Bullshit." Sumpahku kuat. Rasa panas mula menyelusup masuk ke dalam tubuh. Amarah yang aku tahan sedari tadi, perlahan-lahan menyelubunyi segenap pembuluh darah. Terkancing-kancing gigi aku menahan geram.
YOU ARE READING
Flower Of The Month
RomanceHimpunan kisah-kisah pendek berlatarbelakangkan bunga yang akan diupdate pada setiap bulan.