September - Aster

210 38 17
                                    

Maaf terlalu lambat update 🥲🥲



MEDINA pandang jam di dinding. Sudah pukul 12 tengah malam. Namun, batang hidung Fateh masih belum nampak. Entah ke mana lelaki itu pergi, belum pulang lagi. Tak mungkin on call. Kalau on call, lelaki itu pasti akan memberitahu kepadanya.

Dia hembuskan nafas. Kenapa mereka jadi sebegini?

Seminggu pertama, Fateh masih pulang awal. Sebelum matahari jatuh di ufuk barat, lelaki itu sudah tiba di rumah. Kadang-kadang, berjoging dengannya di taman berdekatan. Segala keperluan dan kehendaknya tak pernah sekali pun Fateh tidak menunaikan. Fateh langsung tak pernah culas tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Cuma, mereka tidur tak sekali. Awal-awal lagi Fateh sudah asingkan tempat tidur mereka. Lelaki itu lebih rela tidur di atas sofa, berbanding daripada tidur dengannya di atas katil. Awalnya, dia sedikit terharu. Medina ingat, Fateh memahami yang dia belum bersedia. Jadi, dia tidak bertanya apa-apa.

Tetapi, apabila Fateh seakan menjauhkan diri daripadanya, Medina tak mampu tahan persoalan yang singgah di minda. Mereka serumah, tetapi bukan seperti pasangan suami isteri. Hanya sekadar teman serumah yang sudah halal.

Masuk minggu kedua, Fateh mula pulang lambat. Tidak lagi terpacak di dalam rumah sebelum maghrib. Waktunya tiba di rumah kebanyakannya pukul 10 malam dan ke atas. Kadang-kadang, lelaki itu langsung tidak pulang, dengan alasan on call.

Sungguh, Medina buntu. Apa yang terjadi dengan rumah tangga mereka yang begitu baru, belum sampai sebulan ini? Mengapa Fateh berubah? Mengapa Fateh seolah-olah melarikan diri daripadanya?

Adakah ada salah dari pihaknya yang dia langsung tak sedar?

Adakah kerana dia yang meminta masa, maka Fateh langsung tak ada usaha untuk membaiki hubungan mereka?

Mana janji Fateh untuk memberinya bulan dan bintang?

Kenapa hanya penolakan yang dia dapat?

Medina perlukan jawapan.

Dan kerana itu, meskipun matanya sudah begitu berat untuk dibuka, dia masih duduk di atas sofa. Menunggu kepulangan Fateh yang entah bila mahu tiba.

Sepuluh minit kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta yang masuk ke halaman rumah. Medina hembus nafas lega. Dia ingat, malam ini dia akan tidur dengan rasa kecewa lagi.

Pintu rumah ditolak daripada luar. Kawasan rumah yang gelap, yang hanya disinari cahaya lampu daripada ruangan dapur menyapa mata. Kunci pintu, Fateh pusingkan tubuhnya. Baru beberapa tapak dia melangkah, kakinya terpaku ke lantai. Tubuh diputarkan lambat-lambat apabila menyedari ada satu tubuh yang duduk tenang di atas sofa. Langsung tak bersuara menegurnya.

"Kenapa tak tidur lagi?" Fateh menjadi yang pertama membuka mulut. Wajah stoic Medina dipandang redup.

"Tunggu awak."

Fateh kerling jam di dinding. Jarum jam sudah menghampiri 12:15 pagi. Dia langsung tak sedar waktu yang berjalan laju. Hanya duduk di dalam biliknya di hospital, membaca kes-kes pesakitnya.

"Kenapa tak buka lampu?"

"Takut awak tak masuk rumah kalau nampak lampu terpasang." Sedikit sinis suara Medina.

Fateh hela nafas. Suara Medina yang sedikit lain, menyedarkan dia yang Medina sedang menahan perasaan. Amarah barangkali. Tidak mahu menghangatkan hati yang sudah sedia hangat, Fateh hendak berlalu pergi.

"Saya nak mandi."

Langsung tak menyedari perbuatannya itu semakin membarakan nyalaan api di dada Medina. Berdengus-dengus nafas Medina keluar. Memicing matanya memandang Fateh yang seperti tak ada perasaan.

Flower Of The MonthWhere stories live. Discover now