Maafkan segala kesalahan tatabahasa, typo mahupun grammar kerana saya taip kalut-kalut kerana sudah hampir masuk Mei. Tak sempat nak cek betul-betul. Maaf juga sebab lambat update :(
.
.
"GODDAMN IT!"
Aku kalihkan tubuh seraya membulatkan mata. Terkejut dengan patah kata yang keluar daripada bibir itu. Did he just swear at me?
"Kau mencarut dekat aku?"
Tidak menjawab. Hanya mata yang mencerun memandangku dengan nafas yang sedikit termengah-mengah. Seperti mahu tembus.
"Kau mencarut dekat aku, Naufal?" soalku sekali lagi. Api-api perbalahan mula hendak timbul. Badan rasa berasap-asap semacam.
Nak marah, tapi kena sabar.
Nak pukul orang, tapi kena sabar.
Nak tembak orang, tapi tak ada pistol!
"I am freaking mad at you, Aleyna." Suara Naufal keluar di celahan gigi. Terketap-ketap giginya sehingga rahangnya bergerak-gerak kuat. Marah betul ni.
"Yang kau nak marah dekat aku ni, kenapa? Aku bukan buat salah pun!" Aku mempertahankan diri. Tidak terusik dan takut dengan riaknya yang ketat dan kelat. Wajah Naufal aku pandang tak puas hati. Suka betul marah orang. Kalau sehari tak marah aku, tak sempurna hidup dia agaknya. Menyampah!
"Tak salah?" Dia menjegilkan mata. "Kau kata tak salah?" Suaranya naik satu takuk sebelum dia mendengus kasar. Tangannya naik meraup wajah berulang kali sebelum kembali menjatuhkan pandangan ke wajahku.
"Kau tengok apa yang kau pakai?" Matanya turun naik di tubuhku. Seiring dengan jari telunjuknya yang dituding ke arah yang sama. Tak langsung berkelip.
"Eyes up, Naufal!" Keras suara aku memberi arahan saat matanya berlabuh lama di bahagian tengah badan. Ada juga nak kena cungkil ni karang. Tak reti jaga mata langsung!
"Ha, tahu nak suruh mata aku naik. Tapi yang kau tak sedar diri tu kenapa? Suka buat orang susah hati dengan kau? Kau sedar tak kau pakai apa sekarang ni?"
Kali ini, aku pula yang mendengus. Baju di tubuh aku perhati lama. Bukan ada yang terselak apa pun.
Baju tangan pendek plus handsock. Check.
Seluar panjang sampai buku lali. Check.
Stoking. Check.
Tudung sarung mama punya. Check.
Cukup pakej. Cukup menutup aurat. Apa yang salahnya?
Aku angkat kepala. Wajah Naufal aku pandang dengan mata yang mengecil. Dagu diangkat sedikit, gaya mencari gaduh.
"Mana ada aku pakai baju pelik-pelik pun. Tutup aurat sempurna, tahu! Untung suami aku ada isteri macam ni, tak tambah saham dosa." Laju aku menjawab. Buat-buat tak faham dengan maksud soalannya itu.
Naufal berdecit kuat.
"What are you wearing, Aleyna?"
"Baju."
"What. Are. You. Wearing, Aleyna?" Dia tekankan nada suaranya. Sepatah-sepatah diulangnya soalan yang sama.
"Baju lah!"
Geleng kepala. "Wrong answer. Again, Aleyna. What are you wearing?" Soalan itu tetap diputarkan semula kepadaku seperti cakera padat yang rosak. Keningnya terjongket tinggi, mencabarku untuk menjawab dengan jawapan yang sama seperti tadi. Memberi amaran kepadaku dalam diam.
YOU ARE READING
Flower Of The Month
RomanceHimpunan kisah-kisah pendek berlatarbelakangkan bunga yang akan diupdate pada setiap bulan.