Suatu masa dahulu...
"JANJI eh... kita kawan sampai bila-bila."
"Janji."
"Janji."
Tiga jari halus berkait, mengikat janji. Sengih kerang buruk di wajah tak luntur.
20 tahun kemudian.
DUA tubuh duduk berhadapan dengan riak yang kelat. Tangan masing-masing memeluk tubuh. Mata pula saling menjeling. Sesekali, berbalas decitan dan ketikan lidah.
"Heyyo, friends." Satu suara menegur membuatkan dua mata yang bersabung tajam beralih. Memandang lelaki yang baru labuhkan duduk di kerusi yang kosong dengan wajah yang tak lekang dengan senyuman kegembiraan.
"Lambat." Si perempuan laju menempelak. Tak tahu ke hati dia hangat bila tinggal berdua dengan lelaki tak guna ini.
"Sorry, Yam." Belakang leher digaru dengan sengih tak bersalah ditampal di wajah. Raut Maryam yang masam dengan hidung kembang kempis itu dipandang comel.
"Kau berak keras ke apa?" Seorang lagi pula menegur. Panas punggungnya menunggu si teman yang begitu suka melanggar masa.
"Jijik, gila." Maryam merengus.
"Diam kau, putu mayam."
"Buaian senget!" Maryam membalas ejekan. Berapi matanya memandang lelaki yang memanggilnya putu mayam. Dasar tak reti beza makanan dengan manusia.
"Putu mayam hangit."
"Buaian putus."
"Diam!" Semerta kedua-duanya diam daripada berbalas ejekan. Namun mata masih berlawan pandang bagaikan pedang.
"Aryan! Maryam! Jangan bergaduh!" Alif yang terpaksa masuk campur apabila kawan-kawannya sudah ada bau-bau hendak memulakan peperangan. Sehari kalau tak bergaduh, tak sah. Dia pula yang pening perlu jadi pendamai.
"Si buaian senget ni lah mula dulu." Maryam membela diri. Kalau bukan sebab Aryan yang memanggilnya putu mayam, dia pun tak akan panggil Aryan tu guna nama pelik-pelik lah. Huh!
"Dah kau bising sangat. Macam pungkoq ayam!" Aryan juga tak mudah menyerah. Serangan perlu dibalas!
Mata Maryam membulat. Pungkoq ayam dia panggil aku? Aryan tak guna!
"Ya Allah! Aku cakap sudah, sudah. Aku bagi kau orang kahwin juga nanti kot."
"Tak nak!" Serentak Aryan dan Maryam menjawab. Mimpi ngeri apabila terbayang perkataan kahwin tu di antara nama mereka.
Kahwin, Aryan dan Maryam tak boleh diletakkan dalam satu ayat!
"Kau nak jumpa kita orang kenapa?" Aryan mula menyoal. Mengalih fokus daripada Maryam ke Alif yang tiba-tiba ajak berjumpa. Sebelah kening terangkat sebelah. Apa perkara yang begitu mustahak sehingga tak dan-dan Alif menyeru mereka untuk bersua tengah hari ini. sampai tak mahu tunggu hujung minggu yang merupakan masa mereka melepak sekali.
Alif tiba-tiba menayangkan senyum yang terlajak manis apabila mendengar soalan Aryan. Senyum yang Aryan rasa macam nak bagi penumbuk. Jijik sangat!
"Sumayyah terima aku!" Dengan nada gembira, Alif menjatuhkan bom kata. Membuatkan dua lagi sahabatnya melopong mulut memandangnya.
YOU ARE READING
Flower Of The Month
RomanceHimpunan kisah-kisah pendek berlatarbelakangkan bunga yang akan diupdate pada setiap bulan.