July - Larkspur

334 57 12
                                    

Ini favourite saya dalam banyak-banyak bunga yang saya tulis hahaha. 



Larkspur noun

/ˈlɑːrkspɜːr/

[countable, uncountable]

​a tall garden plant with blue, pink or white flowers growing up its 







"FLOWERS look good on you."

Bunga-bunga larkspur yang dikait membentuk tiara diletakkan di atas kepalanya. Membuatkan dia terus tersenyum lebar sehingga menyerlahkan kecacatan kekal di kedua belah pipi. Kecacatan yang dicemburui ramai manusia.

"Sejak bila kau pandai sweet macam ni?"

Naufal tidak beriak. Aleyna yang tersenyum dengan wajah yang merah dipandang redup. Walaupun pucat, tetap juga terhias serinya.

"Kau juga yang kata aku ni beku."

Aleyna mencebik. Betullah tu. Naufal memang beku pun. Ini boleh kata satu keajaiban apabila lelaki ini tiba-tiba jadi sweet. Selalunya, asyik cari gaduh aje dengan dia.

Tiara bunga di atas kepala yang baru diletakkan Naufal sebentar tadi diambil. Diperhati dan dielus satu demi satu bunga berwarna biru yang dikait cantik. Disimpulkan dengan benang emas yang menaikkan seri. Entah dari mana Naufal dapat bunga kegemarannya ini. Dibentukkan menjadi tiara pula tu. Tak mungkin Naufal yang buat sendiri. Jari lelaki itu bukannya kreatif pun.

"Larkspur symbolize love. Affection. Strong attachment. So I take it as you love me and you attach to me like a magnet."

Naufal tahan anak mata yang hendak dijulingkan. Hendak membantah, tetapi apa yang dikatakan Aleyna itu tak ada yang salah. Cuma, dia saja yang malas untuk mengakuinya.

"Larkspur also means positive and charm. You need to stay positive, Aleyna. That is what I mean when I gave you this flower."

Aleyna mencebik. Tak mahu mengaku sayang dia lah tu. Itu yang dikeluarkan habis maksud lain bunga itu.

Tiara itu kemudiannya diletakkan semula di atas kepala seraya mata naik memandang Naufal semula.

"Esok aku dah boleh keluar daripada hospital." Aleyna teringatkan satu hal itu. Setelah sekian lama bermastautin di rumah keduanya ini, akhirnya, dia 'dibebaskan' dengan kebenaran doktor.

Naufal tak membalas terus. Dia juga ada semasa doktor memberitahu berita itu kepada Aleyna.

Sesaat, satu senyum senget ditarik.

"Bolehlah buat anak dengan kau."

"Hoi!"

Pinggang Naufal terus dicubit kuat. Mulut lelaki ini kan, memang ada yang dia jahit sekejap lagi. Dah alang-alang dekat hospital, minta saja jarum dan benang daripada pegawai perubatan. Tak tapis langsung!

Naufal ledakkan tawa. Ah... sungguh dia rindu masa-masa mereka hanya berdua. Tanpa ubat dan doktor yang sentiasa menjadi pengganggu suasana.













"FAL! Bangunlah. Teman aku pergi mall. Dah lama tak pergi sana." Belakang tubuh Naufal yang enak berbaring sambil meniarap itu dipukul dengan bantal. Tidur mengalahkan dia yang selalu kurang tidur. Matahari dah terpacak atas kepala pun tak mahu bangun lagi. Inilah akibatnya jika tidur selepas subuh.

Naufal menggumam. Wajahnya dikalihkan ke sebelah dengan hampir separuh muka terbenam di dalam bantal letak kepala.

"10 minutes, baby..." Sayup saja bunyi suara itu. Sedikit kembang dek bantal yang menekup bibir.

Flower Of The MonthWhere stories live. Discover now