May - Lily

296 46 18
                                    

Update ini dedicate to kak dila yang sentiasa bertanya khabar Nawa. Love you kak Dila❤️

.

.

.

.


Maafkan saya yang mencapati janji sendiri. Dan maaf, jika cerita ini langsung tak berbaloi dengan penantian kalian :')


Dalam banyak-banyak cerita bunga, saya rasa yang ini yang paling hmmmmmmmmm (kurang berpuas hati). Maka, selamat membaca dan maaf atas sebarang kekurangan :)



Lily noun

/ˈlɪli/

(pl. lilies)

a large white or brightly colored flower with petals that curl back from the center.





"OH, shit!" Bibir laju mengeluarkan kata kesat saat melihat bas yang selalu dia naiki sudah melepasinya. Puas dia gawang-gawangkan tangannya, menjerit memanggil pemandu bas supaya tunggu di stesen bas yang berada 400 meter daripada jaraknya, tetapi segala-galanya hanyalah sia-sia. Berlari laju macam Ussain Bolt pun, dia rasa dia tak sempat kejar. Apatah lagi apabila melihat kepulan asap saja yang ditinggalkan.

"Damn you, Lily. Bangun tidur lambat lagi." Cemberut wajah Lily marahkan dirinya sendiri. Sekarang, macam mana dia nak pergi kerja? Perlu ke dia pura-pura sakit dan ambil MC? Lily mengeluh sendiri. Pelipis tiba-tiba berdenyut.

Langkahan kakinya menjadi lemah di sisi jalan. Hilang tenaga apabila sudah dikerahkan untuk berlari tadi. Bahu juga mengendur ke dalam, seperti orang kalah judi. Otak berputar mencari jalan bagaimana dia mahu pergi ke tempat kerja. Kalau hendak menunggu bas seterusnya, hampir satu jam dia perlu mencongak ke langit. Hendak ambil teksi, dia tiada wang tunai di tangan.

Teringatkan satu aplikasi perkhidmatan kenderaan, laju tangan menggodek beg tangan lalu telefon bimbit dihidupkan. Tak sampai 10 saat skrin menyala, yak semena-mena terpadam. Lily mendengus kasar.

"Great, Lily. Kau cas tapi tak bukak suis. Bijak sekali ya anda." Gigi dikancing kuat marahkan dirinya sendiri yang cemerkap. Semua benda serba tak menjadi hari ini. Kalau sampai di pejabatnya nanti, kena marah pula sebab lambat. Kenapa hari ini begitu malang buatnya?

Jalan punya jalan, mukosa olfaktori Lily tercium haruman kopi. Toleh kepala, matanya dihidangkan dengan sebuah kafe yang estetik. Berwarna merah jambu pucat dengan hiasan luar yang begitu minimalist.

Sedang elok matanya meliar ke segenap ruangan kafe, tiba-tiba irisnya bersabung dengan seseorang di dalam sana. Duduk di tepi tingkap sambil memandangnya tajam.

Wajah Lily semerta berubah saat dia mengecam lelaki yang masih belum memutuskan tautan mata mereka. Kelat. Satu jelingan tajam diberikan sebelum dia kembali membuka langkah.

Baru dua tapak bergerak, betul-betul di depan pintu masuk kafe, sekali lagi dia pakukan kaki. Bibir bawah digigit kuat. Kerling sedikit, dia nampak lelaki itu masih merenungnya.

Tarik nafas dalam, Lily paksakan kakinya untuk melangkah ke dalam kafe. Tempat duduk lelaki itu dituju dengan penuh keyakinan walaupun rasa di dalam hati sudah seperti angin monsun dan ribut.

Berdiri berhadapan lelaki itu, terus dia hempap kedua-dua tapak tangannya ke atas meja. Telan liur sekali, dia membuka kata.

"Quds. Tolong hantar I."

Flower Of The MonthWhere stories live. Discover now