BAB 7 - Sentuh

68 22 25
                                        

"Kau-"

Aku berlari semula ke arah lorong yang gelap itu. Mamat beku itu pula hanya terkebil kebil memandang aku terkedek kedek berlari ke sana. Cepat betul si papan tu hilang.

"Hoi! Keluar la! Kenapa lari?! Alah, takut la tu.." Dah macam orang gila aku terjerit jerit macam tu. Pengecut! Encik polis di seberang jalan itu hanya menggeleng kepala melihat perangai aku yang entah apa apa. Tanpa berlengah, dia berlari ke arah sini.

Lengan baju aku ditarik. Membulat mata aku. Wah, sesuka hati kau aje ye tarik tarik.

"Eh? Apa hal?!" Secara tidak sengaja, aku tertinggi suara kepada dia. Dia pusing melihat aku dengan wajah bekunya. Terus terkunci mulut aku.

"Kau dah kenapa terjerit jerit macam orang gila?"

"Eh- Sabar, lepas dulu baju saya ni... Encik, encik tak nak cari ke penjahat tu?" Aku memukul perlahan tangan dia dengan lengan aku. Jangan risau, berlapik okey. Akhirnya dia lepas.

"He's gone." Dari riak mukanya aku dapat agak yang dia menyampah dengan perangai aku. Hari ni sehari dah dua kali menghadap muka aku, mana tak muak.

"Ye la, sebab dia hilang la saya suruh encik cari.."

Dia mencekak pinggang. Tangan satu lagi naik mengurut pelipis sendiri. Jangan la buat macam tu, nampak sangat yang aku ni menyusahkan dia, huh! Bukannya aku suruh dia panjat bangunan, suruh cari penjahat tu aje.

"Come." Dia kembali menarik aku tetapi kali ini bukan lengan baju. Dia genggam kemas lengan kecil aku yang berlapik baju kameja hitam seperti tak nak lepas lansung.

"Hei, haram la!" Dia dengan si papan tadi sama aje, suka pegang pegang orang. Lansung tidak mempedulikan aku, dia terus menarik aku suruh mengikut jejaknya. Aku dengan malasnya hanya mengikut sahaja. Sampai sahaja di kereta polis, pintu depan dibuka dan aku ditolak masuk ke dalam perut kereta tetapi aku keluar kembali.

"Kenapa? Encik nak bawa saya pergi mana? Saya nak balik la.." Muka dia aku pandang tidak puas hati. Beg galas yang hampir terlorot itu aku tarik naik ke atas kembali.

"Masuk." Tangan dia laju ingin mengapai lengan aku tetapi aku sorokkan di belakang badan.

"Tak payah la pegang!" Suka hati dia aje nak paksa aku masuk dalam kereta. Kau bukan abah aku pun.

"Hani." Nama baru aku diseru. Tahu pula ya nama baru aku, mungkin Yas bagitahu.

"Siapa Hani? Saya bukan Hani, saya Dila.." Aku menjawab. Matanya yang tajam itu aku tenung kembali dengan mata bulat aku. Nak lawan mata ke apa?

"Masuk."

"Nak pergi mana? Saya dah cakap saya nak balik.."

"Aku hantar." Membulat mata aku. Serius la dia nak hantar? Fuh, jimat duit aku.

"Betul eh? Jangan tipu....." Dia angguk malas. Aku tersengih. Okey la kalau macam tu, jimat duit aku. Dia terus masuk ke tempat pemandu.

Pintu belakang aku buka, baru sahaja aku menghenyak punggung. Sekali lagi nama baru aku diseru.

"Hani." Aku angkat kepala.

"Apa?" Soalku polos.

"Kau ingat aku driver kau? Keluar, duduk depan."

Mamat ni garang sangat dah kenapa?
"Saya tak cakap pun encik tu driver saya, alah lagipun tak elok la duduk dekat dekat.. Haram.." Aku mengeluarkan fakta kepada dia. Bukan auta okey.

"Keluar. Duduk sini." Tempat di sebelahnya ditepuk sambil mata tidak lepas merenung muka aku. Tahu la aku cantik.

"Ish, banyak songeh la encik ni! Saya nak duduk belakang.." Kataku protes. Kaki dihentak kuat di dalam kereta.

MARIPOSA [HOLD]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang