TANGAN diangkat tinggi menahan sebuah kereta. Kereta jenama Proton Persona itu berhenti di depan aku. Pemandunya keluar dari perut kereta.
"Maaf ye adik, pakcik lambat.." Kata lelaki yang sudah berusia itu. Jalan pun sudah terbongkok-bongkok. Bonet kereta dibuka dan dia berjalan ke mari. Beg tayar aku ingin ditariknya tetapi aku menahan.
"Eh pakcik, takpe pakcik. Saya boleh angkat sendiri.." Kataku. Kasihan pula tengok pakcik ni. Ah tiba tiba teringat dekat abah. Huhu nak balik Kelantan semula boleh tak?
"Okey la kalau macam tu.." Aku senyum kepada pakcik itu. Beg itu aku angkat dan masukkan ke dalam bonet. Kemudian pakcik itu berjalan masuk ke dalam kereta semula. Begitu juga aku. Aku duduk di belakang. Tidak biasa duduk di depan. Tangan mengambil telefon bimbit di dalam poket.
"Pakcik, saya nak pergi sini kejap, lepas tu pergi ke alamat ni pula.." Telefon dihulur kepada pakcik di depan. Dia menyepetkan matanya seketika.
"Baik lah.." Jawabnya. Aku tersenyum. Kereta mula bergerak. Rumah sewa aku dah tempah, tinggal nak pergi ambil kunci rumah dengan owner aje.
Kepala ditolek ke kiri memandang jalan raya yang sesak itu. Aku tersenyum sendiri. Macam ni rupanya kalau duduk dekat bandar. Biasa la, budak kampung masuk bandar.. Mesti jakun.
Telefon dibuka dan aku menangkap beberapa keping gambar lalu menghantar gambar-gambar itu ke dalam group whatsapp keluarga aku.
"Adik dari mana nak ke mana?" Tanya pakcik itu. Aku mengangkat kepala. Segaris senyuman diukir buat pakcik itu.
"Saya dari Kelantan, datang sini nak cari kerja.."
"La.. Ore kelatei ko? Pokcik pun asal kelatei jugok, duduk sini sebab ikut bini pokcik.. Bini pokcik ore sini.." Jawab pakcik itu.
"Oh.. Molek la kalu gitu kei, hahahaha.." Kami ketawa.
Beberapa minit kemudian, kami sampai di tempat yang ingin aku tuju. Beg tayar sudah dikeluarkan. Duit RM50 dihulur kepada pakcik itu.
"Toksoh cucur la pokcik.."
"Oloh la dik, terimo kasih la deh.. Semoga Allah permudohkei urusei adik duk sini.." Aku tersenyum sebelum melambai ke arah pakcik itu. Selepas kereta persona itu bergerak meninggalkan aku di sini, aku pusing badan ke belakang. Rumah dua tingkat di depan mata aku ini aku pandang.
"Comei.."
Kaki berjalan mendekati pintu. Baru sahaja ingin membuka, tiba tiba pintu terbuka dari dalam.
"Eh?" Kepala naik melihat gerangan yang membuka pintu tadi. Seorang perempuan berbaju t-shirt hitam lengan panjang dan bertudung sarung berwarna cream sedang memandang aku dengan senyuman manis. Dia pakai cermin mata bulat, ish comel!
"Hai.." Sapaku. Rumah sewa ni besar, jadi aku akan duduk di sini bersama tiga orang wanita lain. Tuan rumah sudah bagitahu tadi semasa aku mengambil kunci.
Gadis cantik di depan aku ini membuka pagar dan mempelawa aku masuk. Beg tayar aku yang berada di sebelah ditariknya.
"Eh takp-"
"Takpe, saya tolong.." Tidak membantah. Aku hanya membiarkan dia membawa beg aku masuk ke dalam. Kasut dipecat terlebih dahulu sebelum kaki melangkah masuk.
Terlopong mulut aku sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Luas! Cantik! Rasa seperti orang kaya pula. Langsir yang berwarna maroon dan dinding yang berwarna soft grey. Susun atur sofa dan kabinet kecil.. Ah, perfect!
"Duduk la dulu.. Nak air? Air apa?" Tanya perempuan tadi. Aku tersedar dari lamunan. Laju kepala memandang dia.
"Ah, tak apa.. Tak perlu susah susah, hehe.." Kataku. Lagi pun aku belum puas nak tilik rumah ni. Cantik! Jakun sangat la kau ni Hanis.
YOU ARE READING
MARIPOSA [HOLD]
Novela JuvenilHanis, seorang gadis kampung yang berumur 20 tahun dan berkerja di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti rusa masuk kampung, langsung tidak tahu menahu tentang selok belok di bandar sana. Shaari, seorang pegawai polis yang berba...