BAB 11 - Celoteh Hanis

35 10 0
                                    

SETELAH siap solat subuh di satu masjid, encik polis memberhentikan keretanya di depan kedai 7 eleven. Jam di pergelangan tangan aku belek. Dah pukul 7 pagi. Langit pun sudah mula cerah. Dia menoleh pandang aku di sebelah. Aku juga turut menoleh bertentang mata dengannya.

"Nak turun tak?" Laju aku mengangguk. Dah berjam jam duduk dalam kereta, kebas punggung. Enjin kereta dimatikan sebelum dia melangkah keluar dan diikuti dengan aku. Pintu ditutup rapat lalu aku mengekor mengikuti langkahnya.

Masuk sahaja ke dalam 7 eleven, tempat ais krim aku tuju dahulu. Encik polis pula hanya ikut aku. Bersinar sinar mata aku melihat ais krim di dalam peti. Ah, kitkat.. Sedapnya.. Tapi magnum pun sedap juga. Aku buntu. Yang mana patut aku ambil untuk legakan tekak. Cermin peti sejuk aku ketuk dengan jari. Encik polis di sebelah aku pandang.

"Ais krim apa yang sedap?"

Dia angkat bahu sambil mencebik tanda tidak tahu. Ish, lansung tidak membantu la dia ni.

"Magnum sedap.. Tapi, kitkat pun sedap juga.." Dah macam budak kecil pula gelagat aku. Aku mengetuk dagu dengan jari telunjuk. Fikir betul betul Hanis, kalau salah pilih kau juga yang rugi. Sudah la ais krim ni mahal.

"Ambil dua dua." Celah encik polis. Aku tersenyum. Betul juga apa yang dia cakap, ambil dua dua baru la nanti tak menyesal. Laju tangan bergerak membuka peti sejuk lalu mencapai ais krim itu.

"Encik nak beli apa?"

"Roti."

"Tak nak ais krim?" Dia pandang aku tajam sambil tangan bergerak mengambil dua bungkus roti di atas rak.

"Pagi pagi dah makan ais krim. Tak sejuk ke?"

Aku terdiam di sini. Biar la, ais krim sedap apa. Manis, macam senyuman aku. Nehh, perasan! Tapi itu fakta okey, abah sendiri yang cakap aku ni manis orangnya.

"Ais krim la sedap.."

"Tak."

"Suka hati encik la." Seraya berkata begitu aku terus melangkah ke arah kaunter. Ais krim kitkat dan magnum aku letak di atas meja kaunter.

"Kejap. Saya nak ambil barang lagi.." Kataku sambil tersenyum pada cashier. Kaki laju menapak ke arah minuman lalu air gas aku ambil. Selepas itu aku pergi pula ke arah coklat lalu kinder bueno dan coklat cadbury aku ambil. Ah, boleh diabetes kalau macam ni punya perangai. Semuanya benda yang manis manis.

"Dah.. Boleh kira.." Tiba tiba encik polis letak sekali roti yang diambilnya tadi dan sebotol air mineral sejuk di atas kaunter.

"Kira sekali." Aku mendongak pandang dia.

"Eh? Saya-"

"Aku belanja." Dengar sahaja ayat itu aku lansung tersenyum. Murah rezeki awak encik polis, hehe.

"Terima kasih~" Ucapku girang. Selesai sahaja membayar di kaunter, kami berjalan bersama keluar dari 7 eleven. Plastik roti dibuka oleh encik polis lalu roti itu disumbat ke dalam mulut.

"Encik.."

"Hm?"

"Bismillah dulu.."

"Dah."

"Kita nak pergi mana lepas ni?" Diam. Aku senyum pasrah sambil angkat bahu. Dia memang macam ni. Beku, macam ais.

Masuk sahaja ke dalam kereta, makanan makanan aku letak di atas riba. Ais krim magnum aku ambil lalu makan. Aku tersenyum saat makan ais krim mahal itu. Dah lama tak makan ais krim.

"Kau dah kenapa happy sangat? Ais krim aje pun." Encik polis pandang aku menyampah. Laju kepala aku ditoleh ke sisi. Amboi, dia tak tahu ke makanan ni boleh membahagiakan seorang makhluk yang bernama perempuan?

MARIPOSA [HOLD]Where stories live. Discover now