BAB 9 - Mengamuk

59 15 7
                                    

"ARGHH!! Kenapa baru cakap pagi ni?! Kalau bagitahu awal awal kan senang, tak ada la orang dah bersiap awal pagi macam ni!" Stokin dipecat lalu dicampak atas sofa. Aku pula hanya tersenyum di sebelah melihat Sha yang sedang marah. Mana tak marah, bos bagitahu last minit nak tutup restoran. Seminggu pula tu, katanya nak pergi ke Sabah sebab ada emergency.

"Sabar la.. Pagi pagi dah badmood, cuba bertenang.." Bella datang ke ruang tamu sambil memegang segelas kopi lalu diletak di atas meja kemudian melabuhkan duduk di sofa depan aku.

Sha memecat tudung bawalnya kasar. Mulut pula terkumat kamit tidak puas hati dengan bos. Aku tersengih kecil sebelum cuba untuk menenangkan Sha.

"Tak apa la, sekurang kurangnya kita boleh rehat hari ni.. Ataupun kita pergi jalan jalan? Nak?" Aku cuba untuk menceriakan keadaan. Sha pandang aku sekilas sebelum kembali memandang tv di depan.

"Aku tak faham la. Macam mana kau boleh santai macam ni sekali ha, Hanis?" Senyuman aku perlahan lahan kendur. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh sabar macam ni sekali, padahal bos dah sidai kami hampir 2 jam di depan restoran tu.

"Rasa nak cekik aje leher orang tua tu, huh!" Kaki diangkat lalu diletak atas meja. Amboi, gangster betul.

"Kaki tu, turun." Arah Bella. Sha berdecit sebelum menurunkan semula kakinya ke bawah. Tangan disilang ke dada.

"See? Diam lagi.. Kau tak nak membebel ke? Ish, geram betul! Macam mana la kau boleh sabar dengn bos? Aku.. Aku jem!" Mata dijegilkan pada aku. Tangannya pula bergerak mengetuk kepala sendiri.

"Baik diam kalau tak ada benda penting nak bercakap, kan Hanis?" Bella sepertinya ingin menyindir Sha. Aku cuma mengiyakan sahaja. Betul apa yang dia cakap, tak ada benda penting lebih baik diam. Kan terlepas cakap, diri sendiri yang susah.

"Kau tak faham Bella, aku dah bazirkan masa aku hampir dua jam duk tercegat depan restoran tu tahu tak? Aku terpaksa tebalkan muka tahu tak, huh!"

"Dah la, aku nak tidur.." Barang barangnya diambil lalu bangun menaiki tangga. Kini tinggal la aku dengan Bella sahaja di ruang tamu ini. Anim sudahpun berangkat ke Universiti pagi tadi dengan boyfriendnya.

"Jangan ambil hati dengan sikap Sha, dia memang macam tu.." Bella bersuara memecah kesunyian diantara kami. Aku angkat bahu tanda tidak kisah.

"Tak kisah pun, Hanis faham.. "

Bella menghirup sedikit air kopinya sebelum menyeru nama aku.
"Hanis."

"Ya, kenapa Bella?" Aku menongkat dagu menanti ayat seterusnya daripada Bella. Bella senyum segaris sebelum tunduk ke bawah melihat air kopi yang dipegangnya. Nampak macam serius aje. Ada benda penting ke?

"Nak keluar ke nanti?" Tanya Bella. Aku mengetuk dagu sendiri. Bos tutup kedai seminggu, apa kata aku balik Kelantan? Hari ni keluar cari apa yang patut, lepas tu beli tiket bas dan esok balik. Mulutku perlahan lahan mengukir senyuman lebar. Mata bergerak memandang Bella.

"Hanis ingat Hanis nak balik Kelantan esok, hari ni nak keluar jalan jalan dulu.. Nak beli apa apa untuk umi dengan abah kat sana.."

Bella mengangguk.
"Seorang aje ke? Ke Hanis nak ajak Sha?"

"Hanis tak kisah pun, kalau Sha nak ikut boleh aje.. Bella nak ikut pun boleh.." Aku tersengih manis. Tak pernah lagi aku nampak Bella keluar dari rumah selain dari keluar untuk menjemur kain sahaja. Selebihnya dia banyak meluangkan masa di dalam bilik baca buku. Ulat buku sungguh.

"Takpe la, Hanis pergi dengan Sha aje.. Bella jaga rumah.. Lagipun Anim bagitahu dia balik lewat hari ni, dia nak singgah rumah family dia petang nanti."

MARIPOSA [HOLD]Where stories live. Discover now