SUASANA yang sesak dan ramai orang membuatkan kepala aku semakin pening. Aku memegang meja makan itu kuat, menahan diri supaya tidak rebah. Alhamdulillah, aku dah dapat kerja. Kerja restoran, macam Sha. Dah seminggu aku kerja dekat sini, semuanya baik baik aje. Penat, tapi berbaloi. Gaji tujuh puluh ringgit sehari. Kalau ramai orang, bos akan bagi lebih sikit.. Boleh la dari tak ada lansung, kan?
Tapi entah kenapa aku rasa lain macam hari ni, pening aje dari pagi sampai la sekarang. Jam tangan aku tilik, pukul sebelas pagi. Aku mengeluh. Lambat lagi nak habis waktu berkerja.
"Ah, peningnya.." Aku gagahkan juga untuk teruskan kerja. Gelas dan pinggan kotor di atas dulang aku pegang kemas sambil berjalan masuk ke dapur.
Dulang itu aku terhempas di atas meja. Semua staf yang berada di situ mula memandang aku. Rapat aku pejam mata menahan sakit kepala yang menyengat. Tiba tiba bahu aku disentuh. Aku mengangkat muka.
"Kau okey tak? Macam tak sihat aje.." Sha di depan aku pandang dengan riak muka menahan sakit.
"Pening.." Kataku meleret. Kerusi ditarik dan Sha menyuruh aku duduk. Aku hanya patuh. Aku duduk di kerusi itu sambil menunduk.
"Kau tunggu kejap.." Sha keluar daripada dapur. Ke mana dia pergi aku pun tak tahu.. Tak sempat nak fikir tentang orang.
"Nis.." Nama aku diseru oleh seseorang. Aku mengangkat kepala memandang gerangan di depan aku.
"Kau okey tak? Pening ke?" Tanya kawan kerja aku, Hazim. Aku angguk.
"Pening.. Tak tahu kenapa, dari pagi tadi lagi.." Aduku.
"Kau makan apa?" Tanya Hazim sambil tangan memeluk tubuh. Badan disandarkan pada dinding. Mata pula sibuk melihat aku atas bawah. Annoying betul ada kawan lelaki, ni la sebab aku tak nak kawan lelaki. Tapi dah kerja satu tempat, kawan aje la. Kalau tak, dikata sombong pula.
"Makan mi goreng kau la tadi!" Nada suara ditinggikan sedikit. Dia yang bagi aku makan, lepas tu dia yang tanya makan apa. Aku makan masakan kau la! Nak aje marah, nasib baik aku pening.
"Jangan la marah, tanya je sayang oi.." Aku angkat kepala sambil pandang mukanya tajam. Siapa sayang?!
"Gelenya la nate ni.." Gumam aku perlahan. Orang tengah pening ni, dia boleh bersayang sayang dengan aku. Aku tibai baru tahu..
"Panggil sayang je pun, takkan itu pun nak marah.. Alolo comel betul sayang aku ni.."
Aku pandang Hazim lama.
"Ke kau letak dadah dalam mi goreng aku?"Membulat mata Hazim apabila aku tuduh dia begitu. Mana la tahu, orang sekarang bukan boleh percaya sangat. Lagi lagi yang baru kenal..
"Ish, mulut.. Tak baik tahu tuduh aku macam tu, kau ada bukti ke aku letak dadah dalam makanan kau?" Muka geram Hazim aku pandang tak percaya. Ye ye la tu tak letak, kau jangan polis datang sini lepas tu buat urine test ha.. Kena aku..
"Takkan la aku nak buat macam tu kat sayang aku.." Dia tersengih gatal. Matanya dikenyit pada aku. Ee Ya Allah nak muntah!
Malas mahu peduli dengan usikan Hazim, aku menjatuhkan kepala aku di atas meja. Pening yang amat! Abah.. Kakak nak balik..
"Hanis!" Terdengar nama aku dipanggil oleh Sha. Tak mampu nak angkat kepala, aku hanya merengek.
"Hm apa lagi? Orang pening ni.." Nak menangis boleh tak? Aku nak abah..
"Weh, jom balik.. Aku dah minta nak balik awal dengan bos, dia bagi.. Jom, ambil beg kau.." Lengan aku ditarik memaksa aku suruh berdiri. Haih, dah macam orang sakit kritikal pula. Padahal pening aje.. Aku berdiri sambil memegang kepala. Beg galas aku dihulur oleh Sha lalu aku sambut.
![](https://img.wattpad.com/cover/292372927-288-k760972.jpg)
YOU ARE READING
MARIPOSA [HOLD]
Teen FictionHanis, seorang gadis kampung yang berumur 20 tahun dan berkerja di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti rusa masuk kampung, langsung tidak tahu menahu tentang selok belok di bandar sana. Shaari, seorang pegawai polis yang berba...