KELAM kabut aku menyarung tudung bawal apabila abah menggesa supaya cepat bersiap. Semua tudung ni punya pasal, susah sangat nak bentuk awningnya. Setelah siap, sling bag berwarna hitam di atas katil aku ambil. Jarang jarang aku nak keluar pakai sling bag yang bertali besi berkilat kilat licinnya. Aku senyum segaris. Wahai beg galas kesayangan, maafkan tuanmu yang cantik ini kerana tak bawa kau jalan jalan sekali ya.
Aku tilik muka aku di cermin. Aku tak mengenakan solekan tebal pun, cuma pakai bedak baby dan sedikit vaseline dioles di bibirku yang tak berapa nak munggil ini. Aku buat macam macam gaya di depan cermin. Senyum gedik, acah diva dan lain lain.
"Hani! Lambat lagi ke?" Dengar sahaja suara encik polis memetir di luar, terus aku mematikan suis kipas dan tergesa gesa keluar dari bilik.
"Dah siap.. Maaf.."
Encik polis yang sedang mencekak pinggang toleh ke sini. Dia pandang aku dari atas sehingga ke bawah. Seketika senyum manis diukir.
"Cantik."
Aku tak salah dengar kan? Dia puji aku cantik. Ya Allah, nak melompat gembira boleh tak? Aku simpan senyuman. Muka selamba aku pamer. Malas nak beria sangat.
"Tahu.. Tak cakap pun saya dah tahu.." Kataku memuji diri sendiri. Fakta.
"Dah siap kan? Jom." Ajaknya lalu berjalan keluar dari rumah. Aku ditinggal seorang diri di sini. Tak gentleman la mamat ni. Tunggu la aku sekali, ini tak.. Tinggal macam tu aje. Ah, ignore him.
Jejak sahaja kaki ke tanah, aku pandang kiri kanan. Kereta abah dah tak ada dekat garaj. Mata dihala pula ke arah tangga. Kosong. Arel dan umi pun tak ada lah maknanya. Encik polis yang sedang bersandar di kereta mahalnya itu aku pandang.
"Encik, mana abah? Umi? Arel?"
"Diorang dah pergi." Jawabnya lalu senyuman segaris diberi.
"Habis tu saya?" Mata helangnya aku pandang dengan mata bulatku yang macam boba ini. Dia senyum sekali lagi.
"Naik dengan aku." Aku mengeluh. Kena hadap dia lagi. Tangan naik ingin meraup muka. Tiba tiba teringat yang aku memakai solekan. Kening digaru. Ini la jadinya kalau tak pernah keluar pakai make up.
Pintu depan aku buka. Dah malas nak bertengkar tentang seat. Akhir akhir aku juga yang kalah apabila berdebat dengan encik polis.
Lama aku menunggu, kereta masih lagi tidak bergerak. Aku pandang encik polis bosan.
"Tak nak gerak ke, encik?""Seatbelt."
Ah, lupa. Tali pinggang keledar aku tarik lalu pakai. Kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah abah. Aku polis yang sedang fokus memandu aku pandang.
Kameja hitam dipadankan dengan jeans hitam yang tidak terlalu ketat dan kasut nike berwarna hitam. Senang cerita, all black. Rambut yang elok terpacak dan jawline yang tajam seperti pisau menjadi tatapan mata. Kacaknya.
Mata terpandang pula kaca mata hitam di atas dashboard lalu aku tersenyum. Aku ambil lalu aku hulur kepadanya. Dia pandang sekilas sebelum kembali pandang ke depan.
"Why, Hani? Kau nak pakai, pakai la." Aku geleng.
"Encik la pakai.. Saya nak tengok, cepat lah.." Gesaku. Kaca mata hitam itu bertukar tangan lalu dipakainya. Aku senyum.
"Comelnya..." Pujiku.
Dahinya berkerut. Dapat aku lihat mata helangnya yang berada di sebalik kaca mata itu bergerak ke sini sekilas.
"Comel? Tak sesuai lah dengan aku."
"Sesuai.. Encik comel.. Macam babi.."
"Hei! Banyak banyak binatang, babi yang kau samakan dengan aku?" Terburai ketawa aku apabila dapat mengenakan dia. Balasan. Pagi tadi bukan main usik aku dengan ayat manis dia.
YOU ARE READING
MARIPOSA [HOLD]
Teen FictionHanis, seorang gadis kampung yang berumur 20 tahun dan berkerja di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti rusa masuk kampung, langsung tidak tahu menahu tentang selok belok di bandar sana. Shaari, seorang pegawai polis yang berba...