BEG galas dibahu dibetulkan sedikit supaya tidak terlondeh. Tudung bawal berwarna hitam yang elok tersarung di kepala dikemaskan sedikit biar nampak cantik. Aku menilik diri sendiri di depan cermin.
Tudung bawal hitam dipadankan dengan hoodie putih dan skinny jeans hitam. Smart. Stokin di dalam laci aku ambil dan sarung di kedua belah kaki. Tak lupa juga kasut nike kepunyaan 'jejaka' itu. Dah janji untuk jumpa malam ni. Paper bags yang berisi hadiah hadiah untuk umi abah aku capai.
Pintu dibuka dan aku keluar dari bilik. Ternampak Anim sudah pun berada di ruang tamu. Malam ni, Anim dan Sha akan hantar aku ke stesen bas. Bella jaga rumah, katanya malas nak keluar.
"Ha Hanis, dah siap?" Tanya Anim seraya ternampak aku keluar dari bilik. Dia bangun berdiri dan berjalan ke arah aku.
"Eh? Bawa beg galas ni je? Muat ke baju baju semua?" Tanya Anim.
"Hanis tak bawa banyak barang pun, baju baju semua dah ada dekat sana.. Hanis bawa apa yang patut aje.." Anim angguk. Kedengaran suara Sha dari tingkat atas. Beberapa saat kemudian muncul la kelibat Sha di tangga.
"Jom, bas kau pukul berapa Nis?" Sha turun dari tangga dan kelam kabut mencari sesuatu di celah celah sofa.
"Pukul 12 nanti. Tapi kena pergi awal sebab-" Baru perasan yang mereka tak tahu tentang kasut ni.
"Sebab?" Tanya Sha apabila barang yang dicari sudah dijumpa. Telefon di tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Ah, sebab takut tertinggal bas.. Ha, jom.. Nanti lambat.." Kataku kalut. Cepat cepat aku berjalan ke arah pintu utama dan keluar. Beberapa saat kemudian, Anim dan Sha pun keluar dari rumah.
Sebuah kereta Produa Myvi sedang elok parking di depan rumah kami. Kereta siapa pula ni?
"Ni kereta siapa?" Tanyaku. Nak kata grab, pemandunya mana?
"Kereta abang Anim.. Dia bagi pinjam.." Aku angguk. Kami bertiga masuk ke dalam perut kereta selepas beg baju dan barang barang aku diletak di dalam bonet.
Beberapa minit kemudian kami sampai di stesen bas. Ramai orang sedang duduk di kerusi menunggu di situ. Tangan aku mula berpeluh. Aku memang macam ni, kalau tempat ramai orang aje pasti rasa gelisah tak tentu fasal. Takut di judge orang sekeliling padahal mereka nak tengok aku pun tak nak. Haih apa punya pemikiran la si Hanis ni.
Tempat yang agak jauh dari orang ramai aku pilih untuk duduk. Baru la tenang duduk seorang. Sha meletak beg beg kertas aku di kerusi sebelah. Jam ditangannya dilihat lalu kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mungkin sejuk.
"Dah nak pukul 12 ni, nak kitorang tunggu ke?"
Aku senyap. Kalau suruh diorang tunggu, nanti kantoi la aku nak jumpa dengan 'jejaka' tu. Laju aku geleng kepala tidak mahu mereka menunggu aku. Lagipun dah lewat sekarang ni. Bas pun sebentar lagi sampai la tu.
"Tak payah tunggu, korang pergi je la balik.. Hanis boleh duduk seorang, lepas ni bas sampai la tu.." Jawabku sambil tersenyum, nak sedapkan hati sebenarnya. Pada masa yang sama tak nak kantoi fasal kasut ni juga.
"Okey la kalau macam tu.."
Kami bersalam salaman di situ dan akhirnya mereka pun pulang ke rumah. Tinggal la aku seorang diri di sini ditemani cahaya lampu yang terang benderang ini. Telefon di dalam poket aku ambil lalu menghantar mesej kepada tuan kasut.
Assalamualaikum, encik. Saya dah sampai TBS ni. Encik dekat mana?
Send. Lama aku menunggu tetapi masih tiada tanda tanda dia ingin membalas mesej aku. Telefon ditutup dan pandangan dihala ke arah orang ramai. Tak ada seorang pun yang aku kenal, haih. Lonely betul hidup. Pergi mall pun seorang, dekat stesen bas pun seorang. Aku senyum segaris ingin menceriakan hati sendiri.
YOU ARE READING
MARIPOSA [HOLD]
Novela JuvenilHanis, seorang gadis kampung yang berumur 20 tahun dan berkerja di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti rusa masuk kampung, langsung tidak tahu menahu tentang selok belok di bandar sana. Shaari, seorang pegawai polis yang berba...