"HANI." Panggil encik polis perlahan ingin bangunkan aku dari tidur. Mata yang masih mengantuk aku paksa buka juga. Akibat tidur yang tidak mencukupi, kepala aku terasa sedikit pening. Ah, macam ni la kalau tak cukup tidur dan rehat. Mata dibuka sepenuhnya sambil menguap.
"Mengantuk lagi?" Aku toleh ke arah gerangan tersebut. Senyuman segaris aku ukir untuk encik polis. Mengantuk la encik oi..
"Kita kat mana?" Mata aku melilau memandang sekeliling. Rasa macam kenal tempat ni.
"Kota Bharu." Aku angguk sambil pandang sekeliling. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke Kelantan. Tiba tiba rasa seperti sesuatu di atas riba aku. Aku tunduk melihat benda yang diletak di atas riba.
"Apa ni? Nasi ke?" Bungkusan yang elok berada di atas riba aku ambil lalu tunjuk kepada encik polis. Dia angguk sekali.
"Bila encik beli?" Tanyaku.
"Tadi. Aku beli bungkus sebab kau tengah tidur."
"Kenapa tak kejut je saya? Selesa ke nak makan dalam kereta ni? Kalau tumpah macam mana?" Ah, mula dah perangai aku yang satu ini. Banyak tanya betul. Orang dah beli tu makan aje la.
"Aku tak nak ganggu kau tidur. Kau nampak penat." Aku senyum segaris sebelum mengangguk. Dah kalau encik polis cakap macam tu, okey la. Makan dalam kereta pun boleh la. Baru sahaja tangan ingin membuka bungkusan nasi, duit sepuluh ringgit dihulur kepada aku.
"Kenapa ni?" Teragak agak aku ingin mengambil duit itu. Nak sedekah ke apa?
"Simpan." Aku blur. Simpan? Kenapa? Lama aku kaku di sini sehingga la aku ingat semula tentang ais krim. Yes, ni duit yang aku beri pada encik polis tadi. Nak merajuk konon. Aku tolak perlahan duit itu.
"Encik ambil la.. Anggap je saya ganti balik duit encik tadi.."
Encik polis berdecit. Mata tajamnya mula diarahkan ke muka aku. Ah, ini yang benci ni. Garang garang nak ke mana? Aku senyum kekok.
"Ambil ni, simpan." Duit itu diletakkan di dalam tapak tangan aku. Aku genggam duit itu. Encik polis di sisi setia merenung aku yang sedang menunduk.
"Saya segan la.." Kataku perlahan.
"Saya dah la tumpang encik, lepas tu makanan tadi encik yang bayar.. Nasi ni pun guna duit encik, duit saya lansung tak usik.. Saya dah macam-"
"Macam apa?" Potong encik polis. Aku angkat muka lihat dia sekilas sebelum kembali menunduk. Panahan mata dia yang tajam itu membuatkan aku semakin menunduk. Tajam betul, macam anak panah.
"Hani..." Panggil lembut. Aku pula sudah berdebar. Entah mengapa setiap kali nama Hani meniti dibibirnya aku akan rasa gelisah dan resah tak tentu fasal.
"No need to be shy with me, Hani." Aku diam. Encik senang la cakap, yang hadap perasaan malu ni saya. Macam mana tak malu kalau semua benda guna duit orang? Ini kalau abah tahu, habis la aku. Tak fasal fasal di cop gold digger.
"Tapi-"
"No buts, Hani." Sekali lagi aku dipotong. Aku terdiam. Ayatnya kedengaran tegas. Aku telan air liur apabila dia sudah beri kata putus.
"Now.." Bungkusan nasi di tangan aku diambil lalu dibuka dan diletakkan di atas pinggan plastik. Kening aku berkerut. Dari mana pula datangnya pinggan ni?
"Makan." Pinggan diletak di atas riba aku.
"Pinggan ni-"
"Aku dah sediakan dalam kereta." Oh.. Dia punya. Ingatkan dia pinjam dengan mana mana kedai makan. Aku tergelak kecil. Takkan la dia pinjam semata mata nak lapik makanan aku. Entah kenapa aku rasa sakit apabila fikir tentang ini. Ah, sedar la diri sikit Hanis. Kau sekarang ni bertepuk sebelah tangan aje.
YOU ARE READING
MARIPOSA [HOLD]
Teen FictionHanis, seorang gadis kampung yang berumur 20 tahun dan berkerja di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti rusa masuk kampung, langsung tidak tahu menahu tentang selok belok di bandar sana. Shaari, seorang pegawai polis yang berba...