BAB 13 - Arel's mischief

50 11 25
                                    

TELEKUNG berwarna putih yang tergantung di belakang pintu aku ambil lalu pakai. Jam sudah menunjukkan pukul 7:15 petang menandakan sudah masuknya waktu Maghrib. Pintu bilik dibuka lalu aku keluar. Melihat abah yang masih duduk di atas kerusi, aku naik hairan. Selalunya abah yang paling kecoh suruh bersiap nak ke surau. Takut lambat la apa la.

"Abah, tok gi surau ko?" Tanyaku lalu duduk di bersila di atas lantai kayu. Kepala didongak melihat wajah kacak abah. Umur dah 50 pun nampak muda lagi. Tambah lagi dengan tubuhnya yang tegap itu, sekali pandang orang mesti ingat abah tu abang aku.

"Dok.. Male ni abah nok maye kat rumoh jah.."

Aku angguk. Punya la awal aku bersiap, tup tup solat dekat rumah aje. Kening diangkat. Tak apa la, sekurang kurangnya solat kali ni abah yang jadi imam.

Bunyi pintu berderit di belakang, laju kepala ditoleh. Aku tersenyum. Ah, indahnya pemandangan. Encik polis yang sudah lengkap berbaju melayu hitam dan berkain pelikat coklat menjadi singgahan mata aku. Rambutnya yang terjuntai di dahi dikuak ke belakang sebelum satu senyuman ringkas diukir buat abah. Matanya lansung tak pandang aku. Aku ni halimunan ke apa dekat sini?

"Eh Yie.. Mari duk sini.." Tempat di sebelah abah ditepuk perlahan mengajak encik polis duduk di sebelahnya. Amboi, bukan main. Masa aku keluar tadi, tak ada pun ajak aku duduk sekali. Aku jeling abah. Huh, kakak nak merajuk!

"Kito tunggu umi nga Hairel meta, pahni kito maye samo samo deh.." Kata abah lalu menggosok gosok belakang badan encik polis. Encik polis pula hanya senyum sipu sipu. Suka la kau kan abah layan kau? Aku ni? Abah ni tak perasan kewujudan aku ke apa?

Pap!

"Eh? Kakak bakpo tapa abah nyo?" Abah tunduk pandang aku yang duduk di lantai. Muka cemberut aku abah pandang dengan senyuman hairan.

"Abah ni.. Kakak duk sini jak takdi lagi, abah tok tegur pun kakak.. Tu, dio tu abah tegur pulok.." Jari dituding ke arah encik polis tanda geram. Dia pamer riak terkejut seolah olah tidak percaya yang aku sedang marahkan dia. Dengar sahaja apa yang dikata oleh aku, abah ketawa. Wajah terkejut encik polis ditengok sekilas sebelum abah sambung ketawa.

"Hahaha! Kakak gak eh... Ngaju selaluh.." Dagu aku dicuit manja oleh abah. Aku jeling encik polis di sebelah abah. Suka hati dia je rampas abah daripada aku.

Bunyi derapan kaki menyapa koklea lalu aku toleh ke belakang. Arel sedang berjalan ke mari dengan kopiah hitam elok tersarung di kepalanya. Dia tengah pandang encik polis dan dia... Senyum? Sudah bertegur sapakah mereka berdua? Maklum la, sejak dari petang tadi lagi aku berkurung di dalam bilik. Encik polis dibiarkan begitu sahaja, kekok ke tidak pandai pandai kau la. Aku cuma fikir mahu berehat saja. Entah ke mana la abah bawa encik polis jalan jalan petang tadi.

"Ni ado belako doh ni.. Umi mano?" Baru sahaja Arel melabuhkan duduk di tepi aku, abah bertanya. Arel angkat bahu.

"Tok tahu.." Kepalanya disandarkan di kepala aku. Cehh, manja!

"Gi panggil umi nuh, lewat doh ni.. Pah nok ngaji pulok.. Nok make lagi.."

"Oloh, Arel baru duduk.. Kakak la, gi nuh.." Bahu aku ditolak perlahan. Amboi, abah suruh kau bukan aku!

"Ish, dio la.. Abah suruh Arel kei.." Nama dia yang kena petik, aku pula yang disuruh. Aku tayang muka menyampah. Dah lenyap dah perasaan rindu aku terhadap dia. Yang ada sekarang ni hanya la rasa nak sepak terajang mamat sebelah ni sampai demam.

"Gi la meta... Arel baru jah duduk, please.. My dear pretty sister... Bucuk, bucuk.." Pipi gebu aku ditarik tarik oleh jari jemari kasarnya. Arel tayang puppy eyes kepada aku. Cis, mulut manis betul! Okey, tak apa. Kali ni aku mengalah, ini pun sebab dah lewat nak solat Maghrib aje. Kalau tak memang aku takkan berganjak dari duduk ni.

MARIPOSA [HOLD]Where stories live. Discover now