❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️
~~~~~~~Sambungan....
Beberapa jam selepas itu, semua orang pun pulang ke rumah masing dan alhamdulillah tak ada orang yang bercakap buruk. Semuanya mendoakan yang terbaik untuk Aulia.
Di depan pintu rumah, ada Alif yang sedang menenangkan Fattah. Dia tau Uncle dia tengah bersusah hati dan sedih. Faizul dan Johan pula sedang duduk di meja makan dekat dapur membuat hal mereka sendiri.
"Uncle sabar ye. Semua yang berlaku ni hikmah dia Uncle." Kata Alif sambil memeluk belakang badan Fattah.
"Alif, benda yang berlaku tadi aku masih boleh tahan tau. Tapi bila aku nampak anak yang aku sayang, yang aku jaga dari kecil sampai dia dah besar panjang menangis. Hati aku automatik terbakar tau tak! Aku sendiri tak pernah buat anak-anak aku menangis macamtu tau tak malahan aku sayang diorang!"
"Dan yang paling buat aku rasa sedih yang amat sangat, dia babitkan arwah isteri aku Alif! Cuba kau bagitau aku, suami mana yang boleh tahan kalau ada orang cakap isteri dia seorang pelacur!! Kau masih lagi nak sabar ke Alif?" Fattah bertanya sambil menggoyangkan bahu Alif.
"Uncle ye saya faham! Tapi jangan lah sampai Uncle hilang kawalan. Cuba Uncle fikir, kalau Uncle mengamuk lepastu diorang tercedera ke apa. Tak ke nanti Uncle pulak yang masuk ke dalam penjara." Kata Alif.
"Ya...aku dah bertenang sikit dah ni. Eii bila teringat balik, kalau tak ada orang masa tu memang pecah muka diorang anak beranak!"
"Uncle sabar je dulu. Kalau Uncle nak marah-marah ke apa ke, esok pagi kita pergi hutan cari pokok durian ke apa-apa pokok ke. Lepastu Uncle tumbuk lah sampai puas. Sekarang ni kita kena tengok keadaan Lia."
"Ya Allah! Marah sangat sampai aku terlupa dengan anak aku sendiri!" Fattah bingkas bangun dan terus pergi ke bilik Aulia.
Di dalam sana, ada Ammar dan Azrel yang tengah cuba menghentikan tangisan Aulia.
"Macammana along?" Tanya Fattah sambil dia duduk di hujung katil.
"Macamnilah dari tadi abah. Masih lagi menangis tak henti-henti. Banyak kali dah along dengan angah cuba pujuk Lia tapi tak berhasil." Jawab Ammar sambil cuba lagi memujuk Aulia supaya berhenti menangis.
"Huh....Lia sayang jangan menangis ye. Abah ada kat sini." Fattah beranjak ke arah Aulia cuba nak memujuk.
Fattah membuat isyarat menyuruh semua orang keluar dari bilik dan tinggal Fattah dengan Aulia.
Kesemua mereka pun keluar dari bilik...
"Hisk....abah. Sampai hati dia abah. Dia hina arwah mama! Dia cakap arwah mama pelacur! Dia fitnah arwah mama!" Tangis Aulia dengan kuat.
"Lia....jangan di peduli kata orang tu. Itu semua fitnah semata-mata Lia. Abah orang yang bersama dengan arwah mama! Abah tahu asal usul dia dan dia bukan apa yang dicakapkan oleh beruk 3 ekor tadi tu!" Fattah pula bersuara cuba menahan kemarahannya terhadap Daniel dan ibu bapanya tadi.
YOU ARE READING
CINTAKU MR SECRET AGENT
RomanceAlif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan lemah fizikalnya tetapi sangat pintar dalam bidang IT. Dia dah pernah dikecewakan oleh ramai perempuan suatu ketika dahulu sehingga dia membua...