EPISODE 28

200 21 211
                                    

Sambungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambungan....

Beberapa hari kemudian....

"Setelah saya melakukan pemeriksaan, alhamdulillah keadaan kesihatan Encik Fattah semakin baik. Sepatutnya dia sedar dalam masa sebulan atau dua bulan lagi....tapi mungkin disebabkan semangat dia yang kuat, dia berjaya sedar lebih awal dari waktunya." Ujar doktor sambil tersenyum ke arah Aulia.

"Alhamdulillah! Terima kasih doktor!" Aulia berterimakasih kepada doktor itu.

"Jangan berterimakasih kepada saya....bukan saya yang buat ayah awak sedar...tetapi Allah SWT." Kata doktor itu.

"Baiklah doktor." Balas Aulia dengan senyuman mesra. Mencurigakan...

Eh tak ada apa lah! Gurau je.

"Ok saya minta diri dulu. Jaga ayah awak tu baik-baik. Kalau boleh jangan bagi dia buat aktiviti-aktiviti yang berat dulu. Sebab ayah awak kan baru je nak sembuh. Jadi kurangkan aktiviti-aktiviti berat ye." Pesan doktor itu.

"Ha ye baiklah doktor. Eh sebelum tu! Bila ayah saya boleh keluar ye doktor?" Aulia bertanya.

"Kalau tak ada apa-apa masalah, sekejap lagi pun dah boleh keluar. Ok saya pergi dulu."

Sejurus selepas berpesan kepada Aulia, doktor itu pun meninggalkan Aulia berseorangan di hadapan wad.

"Huh alhamdulillah! Lega aku! Lepas ni aku nak suprise kan semua orang!" Aulia menjerit keriangan setelah mendengar yang ayahnya sudah sedar dan semakin sembuh.

"Abah!! Apa yang abah rasa sekarang ni? Ok tak?" Tanya Aulia dengan nada ceria.

"Amboi Lia, tau lah rindu muka hensem ni. Tapi janganlah jerit...abah tak pekak lagi tau!" Kata sambil tersenyum melihat Aulia.

"Haish abah ni! Orang gembira lah abah dah sedar! Abah tahu tak Alif tu rindu sangat dengan Uncle. Hampir sebulan abah tak ada kat rumah buat kitaorang sunyi tau! Tak ada orang nak masakkan untuk kitaorang- Adoi!" Pipi Aulia tiba-tiba dicubit oleh Fattah.

"Bertuah betul budak ni. Rindu abah sebab masakan je? Sedih ah camni..." Fattah sengaja buat-buat merajuk.

"Eh! Abah sorry lah! Lia gurau je. Of course lah Lia rindu pelukan abah ni!" Aulia terus memeluk Fattah dengan erat sekali.

"Ok tak jadi merajuk. Lia, bila abah boleh keluar ni? Aduh lemas lah duduk dalam hospital ni!" Rungut Fattah. Duduk dalam hospital untuk masa yang lama sangatlah tidak digemarinya.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now