Sambungan....
"Abah, Alif masih tidur lagi ke?" Tanya Aulia kepada Fattah setelah mereka sampai ke rumah.
"Dia masih tidur lagi....biar lah dia. Kesian pula abah tengok Alif tu." Balas Fattah.
"Abah sebenarnya apa yang jadi sampaikan Alif trauma? Ye Lia tau abah pernah cakap dia ada trauma tapi apa yang buat dia jadi trauma?" Tanya Aulia.
"Huh....dia pernah kena dera dengan mak sedara dia sendiri, Maria....dan lagi malangnya, abah baru je tahu sekarang. Kalau lah abah tahu dari dulu, mungkin sekarang dia dah hidup bahagia tanpa ada ketakutan lagi." Fattah mengeluh menyesal atas kesilapan dia dulu.
"Hah?! Sampai macamtu sekali! Ish kejamnya! Kenapa dia sanggup buat macamtu dekat Alif?"
"Pasal apa lagi, pasal harta lah. Keluarga Alif tu dulu kaya....sebab kan keluarga Maria dah jatuh bangkrap sejak ayah dia meninggal, dia cuba nak menjatuhkan pula keluarga Alif."
"Dia sangat bencikan kakak dia, iaitu mak Alif....dia punya benci tu sampaikan sanggup buat diorang hampir bercerai-berai."
"Masa tu abah lah yang tolong diorang. Maria tu memang licik sangat....kalau salah langkah, bila-bila masa je boleh termasuk ke dalam jerat dia tu!" Terang Fattah panjang lebar.
"Hmm macamtu rupanya...jadi memang Maria ada dendam dengan keluarga Alif lah?" Tanya Aulia. Dia memang memerlukan penjelasan lagi.
"Ye....memang dia berdendam sangat. Bukan saja keluarga Alif, kita pun sama...sebab kita ni pun termasuk di dalam keluarga Alif juga."
"Tapi dah lama abah tak dengar khabar si Maria ni. Entah mati ke hidup....tapi tiba-tiba je dia kembali sekarang ni....abah rasa bukan saja dia nak balas dendam dekat Alif....tapi dekat kita juga....."
"Habis sekarang macammana? Apa yang kita nak buat." Tanya Aulia. Dia sebenarnya dia pun agak sedikit takut selepas mendengar tentang asal usul mak sedara Alif tu.
"Hmm....kita dah tak boleh nak bertenang lagi dah. Makin lama makin melampau dah diorang ni! Nanti abah nak cari alamat rumah diorang! Abah nak bersemuka dengan dia!" Fattah mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.
Setelah sekian lama berdering, akhirnya orang tu mengangkat panggilan.
"Hello Aziz, ni Uncle! Ha esok pagi-pagi Uncle nak datang jumpa kau kat pejabat. Kau free tak?"
"..."
"Free, ok cun esok tepat pukul 7 aku sampai sana." Fattah meletakkan telefon.
YOU ARE READING
CINTAKU MR SECRET AGENT
RomanceAlif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan lemah fizikalnya tetapi sangat pintar dalam bidang IT. Dia dah pernah dikecewakan oleh ramai perempuan suatu ketika dahulu sehingga dia membua...